Gaya HidupKesihatanTeknologi

Anda Akan Gemuk Disebabkan Telefon Pintar Anda

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Trends in Food Science & Technology, ia semua bergantung kepada gangguan: Anda lebih cenderung untuk mengambil makanan dalam bahagian yang lebih besar dan kemudiannya makan untuk tempoh yang lebih lama daripada biasa apabila anda sibuk dengan melakukan perkara lain seperti menonton televisyen, mendengar muzik, menggunakan telefon bimbit atau komputer.

 

article-2647455-1E7033EC00000578-225_634x286

Apabila anda makan sambil melakukan perkara-perkara di atas, akan membuatkan isyarat kekenyangan dari otak-ke-perut anda terganggu, dan ini akan menjadikannya lebih sukar untuk anda memantau jumlah pengambilan makanan anda. Dan jika anda tidak memberi tumpuan kepada makanan anda, otak anda juga berkemungkinan akan mengalami kesukaran dalam mengesan berapa banyak makanan yang anda telah benar-benar ambil selama tempoh tadi.

Distracted-Eating

019_MobileAddict_iM

Selain itu, kesan yang paling menakutkan dalam isu ini adalah, gangguan itu akan menimbulkan risiko untuk anda mengambil makan yang salah secara berlebihan. Contoh, cuba anda fikir balik apa yang selalunya anda makan apabila menonton filem? Popcorn bukan? Sebelum anda sedar, anda telah pun menghabiskan 2 bekas popcorn pada minit yang ke 45 daripada keseluruhan filem itu.

article-0-18BAC49E00000578-738_634x382

Jadi, untuk bendung daripada berlaku lagi perkara seperti ini di masa hadapan, cuba anda lakukan beberapa tips ini:

  1. Pastikan yang waktu makan, anda tidak terlibat dengan aktiviti lain seperti menggunakan telefon bimbit atau menonton TV.
  2. Jangan periksa facebook, atau e-mel atau Twitter atau ESPN anda.
  3. Dapatkan tempat duduk dan duduk dalam posisi yang anda rasa paling selesa
  4. Cuba hayati sekurang-kurangnya tiga gigitan pertama makanan anda itu — betul-betul mengunyah dan menelannya sebelum mengambil satu lagi suapan. Proses ini, yang juga dikenali sebagai mindful eating, boleh membawa kepada kepuasan yang tinggi terhadap waktu makan anda.

Jadi, ingat! Lepas ni jangan lagi lakukan perkara yang sama kalau tak nak naik lagi berkilo-kilo gram daripada berat asal anda itu.

Sumber: Menshealthmag.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button