Gaya HidupKesihatan

Ini Adalah Satu-Satunya Tip Untuk Pemakaian High Heels Yang Lebih Selesa

Ya, HIGH HEELS… mungkin buat 99.9% wanita di luar sana, mereka sudah tahu apa yang kami maksudkan, dan ini mungkin juga merupakan perkara yang paling ditunggu-tunggu mereka selama ini.

High heels mampu membuat semua wanita yang memakainya menguasai satu perasaan yang tiada benda lain mampu berikan — keyakinan, berkuasa dan pada masa yang sama, membuatkan kaki anda rasa sakit seperti berlari ribuan kilometer!

Jika anda mempunyai berpasang-pasang kasut tumit tinggi tersimpan elok di dalam almari dan tak pernah dapat peluang untuk betul-betul memakainya kerana anda takut yang ia akan buat kaki anda jadi seperti dipijak lembu lagi sekali.

Tidak mengapa kami faham keadaan anda itu. Jadi, apa yang patutnya anda lakukan untuk harungi krisis dunia ini? Dan apa perkara yang paling best tentang hack ini? Anda tidak perlu keluarkan satu sen pun!

A-woman-putting-on-a-pair-of-heels

Pengarang buku “Shoe Are You?”, Meghan Cleary, telah berkongsi tips khas yang dia gunakan sendiri untuk tangani masalah ini pada berita fesyen WWD.

Basahkan kaki

Pertama, basahkan kaki anda dengan air sejuk, kemudian dengan jumlah yang kecil, sapu losyen tangan yang anda ada pada kaki semasa mereka masih lembap (PERHATIAN: lembap, bukan basah), kemudian anda boleh pakai kasut tumit tinggi anda.

Warm-water-soak

m-1

 

Losyen kekal kelembapan

Losyen ini akan membantu untuk mengekalkan kelembapan daripada air sejuk tadi pada kaki anda dan melincirkan tempat sakit di mana anda mungkin sering kena lepuh. Walaupun ia tidak bermakna anda akan berasa seperti anda berjalan di atas awan sepanjang hari, ia adalah cara yang paling cepat dan mudah untuk meningkatkan serta-merta keselesaan dalam memakai high heels anda keluar.

Sumber: www.elle.sg

Show More

Related Articles

Back to top button