Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Susu Lipas Adalah Makanan Berkhasiat Yang Seterusnya?!

cockroach-milk

Untuk pengetahuan anda, makan serangga telah menjadi perkara yang biasa akhir-akhir ini. Anda boleh lihat terdapat beberapa restoran 5 bintang yang menghidangkan semut dan belalang sebagai hidangan gourmet mereka.

Selain itu, ada juga syarikat yang telah menggunakan cengkerik yang telah dihancurkan ke dalam snek bar tenaga tenaga mereka. Dan makanan khasiat yang paling terbaru dan tergempar sekarang adalah….. SUSU LIPAS!

Sebelum anda bertanya lebih lanjut, ini adalah beberapa pekara yang anda perlu tahu tentang dari mana datangnya susu ini: Kebanyakan lipas bertelur, tetapi satu spesies yang istimewa ini (lipas kumbang Pasifik) melahirkan anak-anaknya, dan ia kemudiannya akan menyusu mereka dengan bahan susu yang diperbuat daripada kristal protein dalam ususnya.

2385527094_f4cd305090_b

Baru-baru ini, satu pasukan penyelidik antarabangsa mendapati bahawa susu ini SANGAT berkhasiat. Ini kerana, ia mengandungi bertan-tan protein yang sangat baik untuk anda, amino asid, karbohidrat, dan lipid.

“Kristal ini ibarat satu makanan yang lengkap. Jika anda lihat urutan protein, mereka mempunyai semua asid amino yang penting itu,” kata Sanchari Banerjee, salah seorang daripada pasukan penyelidik ini, dalam satu temu bual dengan Times of India.

Seorang penyelidik yang bernama Subramanian Ramaswamy, yang merupakan ahli biokimia di Institut Biologi Sel Stem dan Penjanaan Semula Perubatan di India, telah memberitahu The Washington Post bahawa dia dapat lihat yang suatu hari nanti jus kumbang itu akan digunakan dalam protein shake, bersama-sama dengan makanan-makanan delikasi yang lain. (Sebelum anda muntah, baca dulu semua perkara yang beliau perlu katakan)

maxresdefault

Ia adalah penting untuk anda tahu bahawa sumber protein yang padat ini adalah tidak sesuai untuk mereka yang cuba menurunkan berat badan, dan mungkin juga tidak begitu diperlukan bagi kebanyakan makanan barat, kerana mereka sudah makan terlalu banyak kalori setiap hari.

Tetapi bagi mereka yang berjuang untuk mendapatkan jumlah kalori yang diperlukan setiap hari, ini boleh menjadi cara yang cepat dan mudah untuk mendapatkan kesemua kalori dan nutrien itu.

Beliau juga berkata, untuk menjadi sesuatu yang besar-besaran, susu lipas mungkin perlu dibesarkan di dalam makmal, daripada yis kerana tiada serangga kecil yang boleh disambungkan kepada mesin memerah susu.

Dan sebelum itu boleh dilakukan, penyelidik masih perlu memikirkan jika kristal susu itu adalah toksik kepada manusia. Sebelum ianya benar-benar menjadi satu fenomena yang baru pada masa hadapan, kami akan katakana tidak buat masa sekarang.

Sumber: Womenshealthmeg.com ,  sciencealert.com

Show More

Related Articles

Back to top button