FesyenGaya Hidup

Kali Pertama Beli Jam Tangan Sendiri? Ikut 3 Tips Ini Untuk Pilih Dengan Betul

Jam adalah satu item yang sangat penting bagi setiap manusia. Anda memerlukan jam untuk mengetahui masa dan ia juga penting untuk memastikan yang anda kekal tepat pada masanya untuk apa-apa perkara sekali pun. Jam tangan boleh membuatkan imej anda kelihatan lebih elegen dari yang biasanya. Ia menggambarkan yang anda mempunyai gaya, kebijaksanaan, dan betapa anda adalah seorang yang sangat sofistikated. Jika anda tidak pernah mempunyai jam tangan sebelum ini, sudah tiba masanya untuk anda beli satu.

Dan yang paling penting sekali, anda perlu cari harga jam yang anda mampu milik. Harga terbaik untuk seutas jam tangan adalah bergantung kepada bajet anda, tetapi pastikan ianya tidak melebihi RM500 atau RM1,000 pada pembelian pertama anda. Anda perlu yakin dengan cita rasa jam tangan anda, sebelum anda menghabiskan beribu-ribu ringgit pada jam pertama yang anda akan benci dalam hanya 2 atau 3 hari memakainya.

Ini adalah 3 peraturan asas untuk memastikan yang anda memilih jam tangan pertama yang sempurna:

  1. Cari jam yang menggunakan strap bracelet

ContentImage-71-283835-ScreenShot20130505at105806AM

“Strap kulit biasanya dipakai untuk majlis-majlis formal dan tidak begitu sesuai untuk dipakai dengan pakaian denim kasual,” kata Dan Michel, editor fesyen Men’s Health.

Tetapi, dengan jam tangan yang menggunakan strap bracelet, anda tidak perlu risau, kerana ia sesuai dengan apa jenis gaya sekali pun. Jika anda berminat, warna emas putih atau stainless steel adalah warna yang paling serba boleh dan anda boleh padankan ia dengan apa jenis baju dan warna yang anda mahu.

Anda boleh lihat sendiri dalam gambar di atas betapa bergayanya lelaki itu kelihatan dengan jam itu ditangannya.

  1. Pilih perincian yang simple

New-Shark-Sport-Watches-Digital-Men-Black-White-LED-Dual-Time-Auto-Date-Full-Steel-Strap.jpg_640x640

Cari jam yang mempunyai muka yang sederhana antara 38 dan 42 milimeter dalam diameter. Apa-apa sahaja yang lebih besar daripada itu akan membuatkan jam tangan anda menonjol dan bukannya dalam cara yang baik. Bagi perincian pada muka pula, pilih yang biasa-biasa sahaja.

Anda mungkin akan terdorong untuk mengambil chronograph yang mungkin Nampak cool, tetapi hakikatnya anda hanya perlukan muka yang mempunyai masa dan tarikh, dan itu sudah cukup. Tunggu sehingga anda sudah betul-betul selesa dengan memakai jam tangan dan barulah tukar kepada jam tangan yang lebih kompleks dengan mempunyai pelbagai ciri-ciri.

  1. Fokus kepada muatan

loose-watch

Lelaki sering memakai jam tangan mereka terlalu longgar, dan ini merupakan cara yang paling cepat untuk membuat jam yang mahal itu kelihatan murah. Berikut adalah cara untuk menguji muatan jam dengan betul: Apabila anda goncang pergelangan tangan, jam tangan itu tidak akan bergerak ke tempat lain. Jika ia bergerak, minta tukang jam tangan anda untuk buang pautan yang lebih sehingga anda mencapai saiz yang betul.

Sumber: www.menshealth.com

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker