Gaya HidupKesihatan

Adakah Suplemen Pembakar Lemak Selamat?

Menurut pakar-pakar, jawapannya adalah, TIDAK! “Suplemen pembakar lemak adalah sesuatu pembaziran dalam aspek masa dan juga wang. Kebanyakannya tidak berfungsi untuk menggalakkan penurunan berat badan, dan apa-apa kesan yang ada hanyalah untuk sementara waktu,” kata Michael W. Smith, M.D., pengarah perubatan dan Ketua Pengarang perubatan di WebMD.

Sebagai contoh, pil air (diuretik) bertindak dengan mendehidrasi badan anda supaya anda kehilangan berat air dan bukannya berat lemak. Apa yang berlaku sekiranya anda berhenti mengambil suplemen ini? Semua berat itu akan datang kembali dengan cepat.

Diet-Pills

Selain itu, suplemen yang mendakwa mampu meningkatkan metabolism adalah tidak pernah terbukti berkesan, kata Smith. Ini kerana, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) tidak pernah menganggap suplemen sebagai “ubat”.

Jadi kebanyakan syarikat tidak mempunyai insentif sama sekali untuk memastikan yang mereka benar-benar berkesan, kata pakar perubatan bariatric Spencer Nadolsky, seorang doktor perubatan osteopathic dan Diplomate kepada American Board of Obesity Medicine.

Apa Bahan-Bahan Yang Mereka Gunakan Untuk Membuat Suplemen?

weight-loss-supplements

Disebabkan suplemen tidak pernah dikawal selia, tidak ada cara yang betul untuk mengetahui sama bahan-bahan yang disenaraikan pada label mereka adalah apa yang benar-benar digunakan di dalamnya, kata Nadolsky.

“Ada beberapa syarikat yang menguji suplemen untuk memastikan jika ia benar-benar mengandungi apa yang mereka katakan itu,” kata Smith.

Tetapi ini adalah program suka rela, dan sangat sedikit suplemen yang telah menjalani ujian itu, katanya. Oleh itu, syarikat-syarikat ini tidak dapat memastikan sama ada suplemen itu adalah berkesan atapun selamat untuk digunakan.

Anda Sebenarnya Sedang Mempertaruhkan Kesihatan Anda

USP-29673-0

“Pengguna sebenarnya meletakkan kesihatan mereka dalam risiko yang sangat tinggi,” kata Smith. Sebagai contoh, selepas siasatan terhadap suplemen pembakar lemak OxyElite Pro Super Termogenik dilakukan, mereka telah mengesahkan ia telah menyebabkan kegagalan hati dan hepatitis akut, dan FDA menasihatkan pengguna supaya elak daripada membeli suplemen ini (yang masih boleh didapati dalam talian).

Dan walaupun pihak FDA telah mengharamkan penjualan semua suplemen yang berasaskan ephedra pada tahun 2004 (untuk pelbagai kesan terhadap kesihatan, termasuk kematian), mereka masih tidak salah di sisi undang-undang di tempat lain dan masih juga dijual di seluruh Internet.

Kesimpulannya, “Hanya kerana ada suplemen yang kelihatan ‘semulajadi’, ia tidak bermakna ia tidak berbahaya,” kata Brian Quebbemann, M.D., seorang pakar bedah bariatric dengan Pusat Perubatan Chapman di California dan Presiden The N.E.W. Program.

“Dan perkara yang paling jujur dan baik seorang doktor perubatan yang mempunyai maklumat tentang ini boleh lakukan adalah, beliau akan kata “JANGAN” apabila pesakitnya bertanya tentang suplemen pembakar lemak,” katanya lagi.

Sumber: womenshealthmag.com

Show More

Related Articles

Back to top button