Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Adakah Pemanis Tiruan Boleh Merosakkan Badan Anda?

Buat masa sekarang, anda semua mungkin sudah tahu bahawa gula adalah tidak baik untuk kesihatan anda.

Peningkatan gula yang datang sekiranya diambil dengan berlebihan boleh merosakkan hormon dalam aliran darah dan membawa anda kepada peningkatan risiko terhadap obesiti, diabetes, dan penyakit jantung.

Oleh sebab itu, anda juga mungkin telah bertukar kepada pemanis tiruan — yang mendakwa ia lebih baik untuk badan anda, sebagai alternatif lain kepada gula.

Tetapi adakah pilihan ini benar-benar seperti yang dikatakan “lebih baik” untuk anda daripada gula biasa itu? Berikut adalah apa yang anda perlu tahu tentang cara-cara yang baik dan buruk pemanis tiruan boleh lakukan pada badan anda:

  1. Mereka tidak akan membuatkan gula dalam darah anda naik mendadak

artificial-credit-_maximilian_stock_ltd

Disebabkan pemanis tiruan rasa manis seperti gula, anda mungkin akan menganggap yang mereka akan menyebabkan gula dalam darah anda meningkat sama seperti gula biasa.

Tetapi sebenarnya tidak, “pemanis tiruan tidak akan menjejaskan tahap gula dalam darah [dengan cara yang sama] atau menyebabkan respon insulin,” kata Joy Dubost, Ph.D., RD.

Ini kerana mereka tidak dimetabolismakan dengan cara yang sama sebagai pemanis seperti madu, sirap maple, atau agave. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa stevia tidak menjejaskan paras glukosa darah atau tekanan darah.

  1. Mereka tidak akan membuat anda mengidamkan benda-benda manis

 

Gluten-Free-and-Egg-Free-Chocolate-Cake

Manusia memang dilahirkan untuk suka benda-benda manis, kata Dubost. Tetapi itu tidak bermakna bahawa pemanis tiruan seperti sucralose dan stevia akan membuat anda mahu menghabiskan satu bekas ais krim.

“Ia tidak menunjukkan bahawa mereka yang mengambil pemanis tiruan mempunyai sesuatu perasaan yang meningkat untuk makanan manis.”

3. Mereka mungkin mengganggu perut anda

summ_2046546c

Alkohol gula seperti xylitol boleh menjadi pengacau kepada perut anda. Menurut Dubost, ini semua kerana struktur kimia pemanis ini boleh menarik air ke dalam usus, menyebabkan sakit perut. “Ini hanya jika anda mengambilnya dalam jumlah yang sangat besar,” kata beliau.

Kajian telah mendapati bahawa pengambilan sederhana Xylitol (10 hingga 15 gram sehari) tidak akan menyebabkan masalah, tetapi jika diambil dengan lebih tinggi (lebih daripada 30 gram setiap hari) boleh menyebabkan kembung perut, gas, cirit-birit, dan lain-lain. Namun, berita baik untuk alkohol gula adalah, ia boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat kaviti gigi, menurut kajian dari Jurnal Persatuan Pergigian Amerika.

  1. Mereka boleh membantu dalam penurunan berat badan

10370427

Disebabkan stevia dan sucralose kedua-duanya tidak mengandungi kalori, mereka boleh menjadi cara yang baik dalam menguruskan pengambilan gula anda.

“Mereka boleh menjadi alat dalam toolbox anda untuk membantu dengan pengurusan berat badan,” kata Dubost.

Xylitol mengandungi kira-kira 10 kalori bagi setiap 4 gram tetapi disebabkan pemanis tiruan cenderung untuk menjadi lebih manis daripada gula, anda hanya perlu menambah sedikit dalam makanan atau minuman untuk mencapai tahap yang anda mahukan, dan ini akan mengurangkan kalori dan gula tambahan dalam diet anda.

  1. Mereka selamat untuk dimakan

mom_and_daughters_c93afdae454d3054b8af7e2af921d154.today-inline-large

Ia adalah perkara biasa untuk mengambil berat tentang keselamatan terhadap pemanis tiruan. “Orang ramai selamat boleh mengambil pemanis in setiap hari sepanjang hayat mereka tanpa perlu merisaukan apa-apa risiko,” kata Dubost. Akademi Pemakanan dan Dietetik telah menyatakan bahawa kedua-dua pemanis pemakanan dan nonnutritive selamat apabila dimakan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.

Sumber: Womenshealthmag.com

Show More

Related Articles

Back to top button