Gaya HidupPercutian

Anda Mudah Jet Lag? Cuba 3 Cara Ini Untuk Hentikannya

Penat terbang atau Mabuk pascaterbang (Jet lag), adalah sebuah kondisi fisiologis yang terjadi akibat gangguan terhadap ritme sirkadian tubuh anda. Mabuk pascaterbang ini muncul akibat perjalanan cepat lintas meridian (timur-barat atau barat-timur) jarak jauh, sebagaimana yang dilakukan menggunakan pesawat jet.

 

Jika anda sering alami jet lag setiap kali anda terbang ke luar negara, anda mungkin perlu baca artikel ini sampai habis kerana kami ada beberapa tips untuk menanganinya. Untuk pengetahuan anda, apabila anda keluar dari zon masa anda yang biasa, anda mengganggu jadual tidur dan berjaga yang badan anda gunakan selama ini, kata Jamie Zeitzer, Ph.D., penolong profesor dan penyelidik di Pusat Stanford Universiti Sains Tidur dan Perubatan.

Penyelidik sebelum ini menyangka bahawa ia akan mengambil masa selama 1 hari untuk irama circadian dalam badan anda, menyesuaikan diri dengan setiap zon masa yang anda pergi. (Oleh itu, jika anda terbang dari New York ke Los Angeles, anda akan merasa jet lag selama 3 hari). Dengan itu, daripada terpaksa mengharungi situasi yang menjengkelkan itu setiap kali anda mengembara ke luar negara, guna 3 cara ini untuk hentikan jet lag itu sebelum ia mula lagi.

  1. Reset Jam Anda

 

getting-over-your-jetlag

Tukar masa pada jam dan komputer anda beberapa jam ke hadapan atau ke belakang dua atau tiga hari sebelum penerbangan anda. “Anda tidak perlu benar-benar menyesuaikan diri anda dengan waktu yang berbeza, tetapi idea ini adalah baik untuk membuatkan kitaran tidur anda lebih dekat dengan zon masa di mana anda akan pergi nanti,” kata Aliya Ferouz-Colborn, MD, Otolaryngology dan Perubatan Tidur di Hospital Memorial Scripps di Encinitas, California.

  1. Tukar Jadual Senaman Anda

 

Crunches_Cardio-1800_0

Mulakan waktu bersenam anda pada waktu tertentu setiap hari sebelum perjalanan anda. Apabila anda sampai di destinasi anda, bersenam pada masa yang sama yang biasa anda lakukan di situ juga. Contohnya, jika anda biasanya anda pergi ke gym pada pukul 11:30 pagi di New York, lakukan perkara yang sama itu pada pukul 11:30 pagi di Paris juga.

  1. Puasa Sebelum Anda Terbang

Hungry person hand holding fork knife on food plate

“Irama circadian anda sebenarnya dapat digantung semasa anda berpuasa,” kata W. Christopher Winter, M.D., penasihat Kesihatan tidur manusia. Pada hari penerbangan anda, bangun pada waktu pagi, jangan makan sarapan pagi, dan jangan makanan di dalam pesawat, kata Dr Winter. Tetapi anda perlu minum banyak air kerana udara pada ketinggian yang tinggi boleh menjadi agak kering dan ini akan menyumbang kepada keletihan. Anda boleh mula makan setelah anda sampai ke destinasi anda.

Berikut adalah mengapa ini boleh membantu anda: Apabila anda berpuasa, anda akan membangunkan satu “jam makanan” yang membolehkan anda menyesuaikan diri dengan makanan yang biasanya tersedia semasa anda tidur. “Jam makanan” membolehkan anda untuk menukar jadual tidur dan tidak mudah bangun untuk mencari makanan,” kata seorang penyelidik Harvard.

Sumber: www.menshealth.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker