Sukan

Sam Allardyce kendalikan Three Lions

Baru-baru ini, bekas pengendali West Ham United dan Sunderland, Sam Allardyce diberikan kepercayaan untuk membimbing skuad negara England untuk Piala Dunia 2018 akan datang di Russia nanti.

Big Sam mempunyai kepakaran untuk menyelamatkan pasukan bergelut seperti mana ditunjukkan dalam saingan Liga Perdana Inggeeris ketika menandatangani kontrak bersama Sunderland pada penghujung musim lepas. Secara tidak mengejutkan, Sunderland berjaya mengekalkan status sebagai pasukan divisyen utama.

Persoalannya, adakah Big Sam mampu mencungkil bakat muda apatah lagi melantik mereka dalam barisan utama England?

Era Roy Hodgson telah tamat dan England tidak lagi dibintangi pemain-pemain seperti Steven Gerrard, Frank Lampard, Rio Ferdinand dan lain-lain. Wayne Rooney kini dianggap pemain paling senior dalam skuad Three Lions.

Antara masalah terbesar yang menantikan Allardyce adalah dilema kesebelasan utama. Pemain-pemain seperti Harry Kane, Raheem Sterling Ross Barkley perlu memanfaatkan peluang mereka.

Kini tinggal dua tahun lagi sebelum Piala Dunia seterusnya, namun Allardyce perlu bergerak pantas untuk memastikan kegagalan di EURO 2016 tidak berulang lagi.

Tags
Show More

Related Articles

Check Also

Close
Back to top button