Teknologi

Video 360 masa depan media sosial?

Antara dua trend terbesar buat masa ini dalam media sosial adalah rakaman video secara 360 darjah dan video secara langsung. Namun, kini muncul sebuah teknologi baru dalam bentuk kamera yang memiliki 16 lensa.

Kamera Live Planet dikatakan kamera pertama untuk menggabungkan kedua-dua perkara di atas sekali dengan resolusi tinggi 4K. Persoalannya, adakah ciptaan ini bakal menjadi prototaip pertama yang memberi impak kepada rekaan akan datang?

Antara kekurangan video 360 darjah adalah ia dirakam menerusi satu lensa sahaja iaitu di belakang telefon pintar anda. Ini bermakna kualiti rakaman terjejas apatah lagi proses menjadikannya bukanlah yang paling inovatif. Ia perlu kelihatan sempurna setiap kali!

Pengasas produk tersebut, Reality Labs, mengatakan kamera ini sedia untuk membuat rakaman secara langsung dalam masa 15 minit sahaja dengan menampilkan imej atau video yang berkualiti tinggi, sambil dimuat naik ke simpanan online secara automatik.

Kehadiran 16 lensa membantu proses pencantuman untuk menghasilkan video 360, dan setiap lensa adalah diciptakan dengan penuh teliti.

Adakah fungsi video 360 darjah bakal memainkan peranan lebih besar dalam media sosial? Buat masa ini, kami menggalakkan sebarang perubahan besar berlaku di telefon pintar terlebih dahulu tatkala teknologi seperti ini boleh mencecah harga USD10,000.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close