Teknologi

Samsung Galaxy Note 7: Raja telefon pintar 2016?

Ogos 2, 2016. Berikut adalah tarikh yang telah ditetapkan untuk pandangan pertama Samsung Galaxy Note 7 yang dianggap peranti terunggul dari Samsung setakat ini.

Berikut adalah 5 perkara yang paling menarik yang bakal ditampilkan dalam Note 7:

Pengesan iris mata

Teknologi eksklusif kepada Samsung adalah pengesan iris mata. Awal tahun ini, Samsung bergerak pantas untuk mendapatkan hak kepada nama ‘Samsung Iris’ dan ‘Samsung Eyeprint’, sekali gus mengesahkan teknologi itu bakal dipamerkan kepada dunia.

Setakat ini, kami tahu ia akan beroperasi seperti mana pengesan cap jari. Ia merupakan satu spesifikasi yang bakal menggegarkan industri elektronik dan jika berjaya, akan meletakkan Samsung di hadapan pesaing-pesaing lain.

Prosesor Snapdragon 821 / Exynos 8890

heda

ASUS Zenfone 3 Deluxe dan Samsung Galaxy Note 7 merupakan dua peranti pertama untuk menggunakan prosesor Snapdragon 821 dalam dunia. Perbezaannya mungkin berbeza sedikit sahaja tatkala fokusnya lebih terarah kepada prestasi harian. Manakala, cip prosesor ciptaan Samsung iaitu Exynos 8890 juga menawarkan prestasi yang sama taraf apatah lagi dengan perakara seterusnya…

RAM 6GB / 256GB memori dalaman

Kapasiti RAM yang 2GB lebih daripada adiknya, Samsung S7 Edge, ia kelihatan Note 7 pasti menjadi pakej paling lengkap dalam telefon pintar komersial. Selain itu, memori dalaman sebanyak 256GB adalah satu perkara yang telah dibincangkan baru-baru ini, namun penulis anggap para pengguna akan berpuas hati dengan 128GB.

Samsung Pay

maybankpay

Samsung Pay adalah satu kemudahan yang mengambil masa untuk membina nama di Malaysia tatkala masyarakat lebih mengutamakan bayaran konvensional. Namun, kemudahan seperti ini akan mengangkat tahap teknologi ke darjat yang lebih tinggi. Satu kemudahan yang harus dicubai rakyat Malaysia!

S-Pen?

samsung_galaxy_note_5_spen_official

Walaupun beberapa ‘leak’ mengenai Samsung telah ‘dibocorkan’, fungsi S-Pen adalah satu aspek yang belum dikaji dengan teliti setakat ini. Bagaimanapun, S-Pen berfungsi dengan sempurna pada peranti Galaxy Note 5. Penulis harap S-Pen tahun lepas dikekalkan dengan beberapa perubahan kecil sahaja.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close