Teknologi

Redragon: Senjata gaming berkualiti dan mampu dimiliki

Mungkin ramai tidak kenal dengan jenama Redragon namun mereka berjaya menghasilkan peralatan elektronik terutama sekali dalam bidang pemainan video PC dengan kualiti.

Semestinya jenama popular seperti Razer, Logitech, Corsair, Steel Series dan CoolerMaster menawarkan produk-produk yang lebih mantap, harga bagi setiap satu produk mereka memaksa anda membelanjakan kos yang cukup tinggi.

Berikut adalah tiga produk harus dibeli jika berminat untuk menambahbaikan setup anda di rumah:

Redragon K551 VARA (Novero Gaming: RM250) / K552 KUMARA (Lazada: RM 247)

maxresdefault

Papan kekunci adalah antara dua senjata paling mustahak dalam aksi permainan video PC tatkala kelajuan, kadar responsif dan saiz keseluruhan akan memainkan impak besar dari segi prestasi anda. Jika anda mahukan papan kekunci mekanikal, K551 VARA adalah pilihan utama. Jika anda lebih biasa menggunakan papan kekunci ’10 Keyless’ (tiada pad nombor di belah kanan), K552 adalah pilihan yang lebih murah.

Redragon M901 Predition (Novero Gaming: RM230)

good-vehicles

Setiap permainan video PC memerlukan tetikus yang berkualiti kerana pergerakan dan keselesaan di tangan perlu berada di tahap tertinggi jika ingin mendominasi perlawanan. Mempunyai kapasiti DPI sehingga 16400, kabel lasak, berat keseluruhan boleh diubahsuai, dan akhir skali sebanyak 19 butang khas untuk perlawanan anda!

Redragon Lagos Stereo Headset (Novero Gaming: RM150)

1_705fc770-77eb-4ed7-97e5-5d04d15b926b_large

Headset adalah antara produk termahal dalam dunia gaming, bermula dari RM500-RM100 untuk produk-produk berjenama. Namun, Redragon menawarkan pakej yang murah dengan produk yang lebih berkualiti daripada jangkaan. Tidak banyak pilihan yang lebih baik pada nilai harga tersebut.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button