Gaya HidupPercutian

Mencari Lokasi Untuk Bulan Madu? Ini 3 Lokasi Mewah Yang Anda Perlu Kunjungi!

Ingin mencari lokasi-lokasi yang romantis dan sempurna untuk dikunjungi pada tempoh bulan madu anda? Atau anda mungkin sedang mencari lokasi yang mempunyai pemandangan yang indah untuk sesi “getaway” bersama kawan-kawan wanita yang lain. Anda tidak perlu susah-susah lagi kerana dengan 3 lokasi yang kami ada ini, pasti akan memuaskan cita rasa anda itu!

  1. Casa de La Flora, Thailand

 

Casa-de-la-Flora-Resort-01

images 

Jika anda mencari lokasi yang mempunyai pemandangan laut yang indah sebaik sahaja anda buka mata pada waktu pagi, ini adalah lokasi yang paling sempurna untuk anda! Sekiranya anda berminat, anda boleh mula tempah bilik di vila yang terletak di Khao Lak, Phang Nga ini di laman web www.theluxenomad.com dengan harganya bermula daripada RM991 untuk dua orang. Dan jika anda rasa itu mahal, anda boleh dapatkan diskaun selepas promosi di laman web itu juga!

  1. Kisetsu Hirafu, Jepun

46776

kisetsu_wide_01

Jika percutian di “syurga salji” yang anda inginkan, lokasi ini adalah sangat sesuai untuk anda dan teman-teman anda! Di sini, anda dan teman-teman anda juga boleh nikmati aktiviti ski, selain dari bersantai di kolam air panas mereka. Vila Kisetsu Hirafu dengan dua tingkat yang dilengkapi dengan tiga bilik ini merupakan penginapan yang cukup sesuai untuk anda dapatkan momen yang istimewa itu bersama orang-orang tersayang.

  1. Chamara Villa, Sri Lanka


bfe7ab1c-c1c1-49d8-b7a5-4e164617a65b

suni-beach-hotel

Jika percutian ala-ala kampung (tetapi masih terasa mewah) yang anda mahukan , anda boleh pilih villa yang terletak di Galle, Sri Lanka ini. Suasana sawah padi yang anda boleh rasakan di villa ini akan memberikan anda kepuasan yang selama ini anda cari-carikan dengan udara segar yang cukup tenang itu. Villa ini dilengkapi dengan empat bilik tidur dengan setiap satu dekorasi yang berbeza dan untuk membuatkan ia lebih sempurna, ia juga mempunyai kolam renang untuk anda dan teman-teman anda luangkan masa bersama!

Sumber: http://cosmopolitan.my

Show More

Related Articles

Back to top button