Sukan

Garena umum biasiswa eSukan pertama

Syarikat internet dan eSukan ternama, Garena membuat pengumuman bahawa edisi kedua Liga Kampus Malaysia (MYCL) akan menghadiahkan biasiswa separa kepada juara divisyen kolej dan universiti tahun ini.

Buat masa ini tawaran itu hanya terbuka kepada pelajar-pelajar kolej atau universiti sahaja, namun ia mencerminkan kegigihan Garena dalam mem

MYCL merupakan kejohanan League of Legends yang berlangsung dua kali setahun, di mana kampus-kampus terbaik dari seluruh Malaysia bertembung dengan satu matlamat – jadi lagenda kampus negara!

Bagi musim ke-2, Garena mengumumkan tiga initiatif baru untuk menggegarkan arena eSukan pada peringkat pelajar:

Biasiswa Garena

Bagi peserta divisyen Collegiate (kolej dan universiti), anda sesama rakan sepasukan berlima berpeluang memenangi biasiswa separa bernilai RM6,000 setiap satu untuk menanggung kos pembelajaran di universiti anda. Ia merupakan langkah pertama dalam menyatukan permainan dan pendidikan bawah satu bumbung!

Tiket automatik ke Kejuaraan Kampus Antarabangsa League of Legends (LICC)

Bukan sekadar jaguh tempatan malah juara divisyen Collegiate kali ini akan mewakili Malaysia dalam kejohanan peringkat Asia Tenggara iaitu Kejuaraan Kampus Antarabangsa League of Legends (LICC) di Filipina, November ini. Di sana, lawan dari Vietnam, Singapura, Indonesia, Thailand bakal berentap sekali di hadapan penonton ramai!

Sistem Ranking Pelajar

Garena memperkenalkan sistem Ranking pelajar yang menyimpan data setiap pelajar seperti ID Summoner, Kampus (Pengajian Tinggi atau Sekolah Menengah), Posisi dalam permainan dan Ranking keseluruhan dalam League of Legends. Ia menjadi pentas utama gamers dapat mengenali antara satu sama lain dan bersatu sempena MYCL.

Pendaftaran kini sudah dibuka, rebutilah peluang emas dan aturkan pasukan anda! Karier eSukan anda bermula di sini!
Maklumat lanjut, layari laman web utama MYCL 2016 diĀ http://mycl.lol.garena.com/about

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close