Sukan

Musim berbeza untuk Messi dan Ronaldo

Tahun 2016 diwarnai dengan kemunculan Leicester City sebagai juara Liga Perdana Inggeris (BPL) yang mengejutkan dunia! Namun, tidak pernah ada pasukan apatah lagi pemain yang mampu mempamerkan aksi fenomena secara konsisten di pentas terbesar seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Bagaimanapun tahun ini menyaksikan salah satu antara mereka berdua yang berjaya melepasi jangkaan orang ramai dari pencapaian karier manakala seorang lagi terpaksa mengharungi musim yang amat pedih setelah bertahun-tahun memberikan sinar kepada sukan bola sepak.

Kempen 2015/2016 bermula dengan baik namun Ronaldo dan Messi dilanda krisis kecederaan sebelum pertengahan musim. Bagaimanapun, duka tahun 2016 sedikit diubati tatkala Barcelona berjaya mempertahankan gelaran La Liga dan Copa del Rey manakala Real Madrid muncul pemenang Liga Juara-juara Eropah (UCL). Apa yang menarik adalah nasib mereka setelah saingan liga domestik berakhir.

Ronaldo mengejutkan dunia apabila Portugal muncul juara EURO 2016, gelaran pertamanya di pentas antarabangsa. Messi turut melakukan kejutan tersendiri ketika mengumumkan persaraannya daripada pasukan antarabangsa Argentina setelah tewas buat kali kedua beruturut-turut menentang Chile dalam Copa America.

Lebih mengejutkan, Messi didapat bersalah dalam kes penipuan cukai dan terpaksa menjalani hukuman selama 21 bulan (tiada hukuman penjara). Apa yang menjadi topik tumpuan, pastinya anugerah Ballon d’Or yang diberi kepada pemain paling hebat di dunia dan ia kelihatan milik Ronaldo.

Mampukah Messi mengenepikan segala kesakitan yang dialaminya tahun ini untuk menjadi motivasi kepada Barcelona tahun depan? Apa yang menyedihkan adalah kedua-dua pemain kaliber tinggi ini sudah memasuki usia 30an.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button