Sukan

KIPidap Super KIP!

Sama ada dikenali Super KIP, Valentino Roti ataupun Pawi Power, apa yang pasti ialah penunggang fenomena Khairul Idham Pawi mempunyai masa depan cerah dalam sukan permotoran.

Kemenangannya di GP Jerman adalah satu detik kebangkitan buat Malaysia dalam arena sukan permotoran dunia. Bukan setiap hari kita dapat melihat bakat yang menyerlah seperti Khairul.

Bagaimanapun, kita harus terus menyokong semua pelumba Malaysia seperti Adam Norrodin, yang juga beraksi dalam saingan Moto3 bersama Khairul. Biarpun nasibnya sangat berbeza dengan KIP, Adam tidak pernah putus asa di atas litar.

Ingatlah, Adam adalah pelumba yang sanggup menolak jenteranya ke garisan penamat biarpun terjatuh pada selekoh terakhir namun pencapaian podium KIP mencuri tumpuan. Apapun, Malaysia boleh berbangga dengan bakat yang sedia ada dan bersedia membawa nama negara ke pentas antarabangsa.

Show More

Related Articles

Back to top button