Sukan

Harimau Malaysia: Bebaskanlah pemain yang ingin bersara!

Adakah patut pemain-pemain yang telah memberi masa, tenaga dan dedikasi kepada misi Harimau Malaysia dikecam apabila mengumumkan persaraan?

Antara pemain-pemain yang dimaksudkan adalah bekas kapten Safiq Rahim, Aidil Zafuan, S Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal. Keempat-empat pemain itu mewakili Johor Darul Takzim, pasukan tersayang negeri Johor.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memang pedas namun ia mencerminkan realiti terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Walaupun FAM ingin mempertahankan status mereka ketika berdepan ‘boikot’ seperti ini, realitinya Harimau Malaysia amat bergantung kepada pemain-pemain JDT.

Apa tidaknya, JDT telah menambahbaikan mutu bola sepak Malaysia di Johor menerusi falsafah tersendiri. TMJ bersikap telus, adil dan berani namun sumbangannya seolah-olah tidak kesampaian ke FAM yang terus ego dengannya.

Secara jujurnya, persaraan pemain-pemain disebut adalah satu yang tetap terjadi dalam beberapa tahun lagi. Kini sudah tiba masanya untuk mencari pengganti mereka kerana Malaysia terlalu fokus kepada kudrat pemain veteran.

Penulis tidak mengambil belah bersama JDT, tetapi ini adalah soal status bola sepak negara. Sesuatu perlu dilakukan! Kesemuanya bermula dengan hajat pemain, dari dahulu sehingga sekarang.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close