Gaya HidupKesihatan

Mengapa Lebih Baik Guna Ubat Berdaftar

Anda mungkin sedang mempersoalkan isu ini dengan bertanya “kenapa pula perlu berdaftar bagai? Ubat kan ubat juga, lagipun, ia lagi murah daripada ubat-ubat dekat farmasi atau klinik tu.” Baiklah, cuba anda bayangkan situasi ini pula.

img_8807h

Bayangkan anda telah beli ubat yang tidak berdaftar atau kosmetik yang tidak bernotifikasi, di salah satu kedai di Chow Kit. Setelah menggunanya, anda perasan yang ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku pada badan anda. Contohnya, terdapat kemerah-merahan atau kerengsaan pada kulit anda, atau mungkin lebih teruk, ia boleh menyebabkan kematian.

Seterusnya apabila anda ingin mengadu dan membawa hal ini pada mahkamah, kes anda mungkin tidak akan dilayan kerana ketika membelinya, anda sudah pun sedar tentang kelayakan produk-produk tersebut.

Maka, di sini terjawablah mengapa ianya penting untuk menggunakan produk berdaftar dan kosmetik bernotifikasi.

Untuk pengetahuan anda, semua produk ubat termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Sekiranya anda membeli ubat dan kosmetik yang berdaftar dan bernotifikasi, risiko untuk perkara-perkara seperti itu untuk terjadi kepada anda adalah rendah. Ini kerana, kesemua produk-produk itu telah pun melalui penilaian bagi memastikannya berkualiti dan selamat untuk digunakan oleh orang awam.

Oleh itu, apakah cara yang terbaik untuk mengenalpasti sekiranya produk-produk itu telah didaftar atau dinotifikasi atau tidak?

 

Menurut Anthony Soh, seorang Pegawai Penguatkuasa Farmasi yang bertugas di Melaka, setiap produk yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai 2 ciri utama, iaitu:

ubat berdaftar

  1. Mempunyai nombor pendaftaran MAL (nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan ‘MAL’, diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf.)
  1. Mempunyai pelekat hologram Meditag yang tulen.

Walau bagaimanapun, anda tetap perlu berhati-hati kerana masih terdapat juga produk dan kosmetik yang menggunakan nombor pendaftaran dan hologram palsu di pasaran. Oleh itu untuk menyemak kesahihan produk berdaftar dan kosmetik bernofitikasi tersebut, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

hqdefault

  1. orang ramai boleh melayari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di bpfk.gov.my dan http://www.pharmacy.gov.my
  1. Kemudian, klik pada ‘Registered Product Search’ (Quest 2 & Quest 3) dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan pengesahan status pendaftaran produk.
  1. Akhir sekali, untuk menyemak ketulenan pelekat hologram pula, gunakan dekoder Meditag yang terdapat di farmasi berhampiran.

Kesimpulannya, ianya lebih berbaloi untuk menghabiskan sedikit wang dengan membeli produk-produk yang telah berdaftar dan bernotifikasi kerana ianya lebih baik untuk duit anda yang “melayang” dan bukannya nyawa anda.

Sumber: http://www.mmgazette.com

Show More

Related Articles

Back to top button