Bisnes & Ekonomi

Syarikat Ini Akan Taja Majlis Perkahwinan Anda

Mungkin bagi sesetengah syarikat yang sangat pentingkan pekerja mereka, mereka sememangnya akan memberikan pelbagai faedah seperti ‘happy hour’ percuma, akses kepada makanan ringan yang tiada had, dan membenarkan anda meluangkan masa dengan bermain beberapa permainan di pejabat itu sendiri, adalah satu perkara yang biasa.

Ya, memang tidak dinafikan bahawa manfaat tersebut adalah sangat besar buat mana-mana pekerja di luar sana. Tetapi, anda pasti tidak akan percaya dengan faedah-faedah yang diberikan oleh Boxed — sebuah syarikat perniagaan membeli-belah secara dalam talian ini berikan pada pekerja-pekerja mereka pula.

Magazine_Chieh_Huang_CEO_of_Boxed

Chieh Huang, CEO kepada syarikat Boxed baru sahaja mengumumkan bahawa syarikat itu akan mula memberi sehingga $20,000 untuk membantu pekerja sepenuh masa mereka dalam pembiayaan majlis perkahwinan mereka.

Manfaat yang satu dalam dunia ini ditubuhkan selepas ekskutif syarikat mereka mendapati bahawa Marcel Graham, seorang pekerja di sebuah syarikat Boxed di New Jersey, bergelut untuk membayar perbelanjaan perubatan ibunya dan perkahwinannya yang akan datang.

Menurut mereka, ibunya sedang sakit teruk ketika itu dan Marcel mahu berkahwin dengan tunangnya secepat mungkin supaya ibunya boleh mengambil bahagian dalam majlis tersebut.

wedding-vows-ceremony-436d776651f3bff249f4c715c70fcc63

Oleh kerana Marcel tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, beliau tidak dapat menahan rasa kecewa itu dan menyebabkannya menangis di tempat kerja satu hari. Setelah Chieh mengetahui apa yang berlaku, beliau telah menelefon Marcel untuk bertanya bagaimana dia boleh membantunya, dan dengan ini muncullah manfaat perkahwinan yang baru ini.

“Kami terpaksa campur tangan dan melakukan perkara yang betul,” kata Ketua Pegawai Eksekutif mereka dalam satu temu bual dengan Huffington Post.

Menurut Marcel, dia sangat terharu dengan tindakan syarikat itu untuk membantunya sampai begitu sekali, “Saya dan tunang saya menangis kegembiraan setelah mengetahui berita gembira itu. Ia telah membuatkan saya rasa seolah-olah mereka benar-benar menghargai kerja saya di sini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar syarikat.

logo

Faedah ini bukan satu-satunya manfaat yang diberikan syarikat ini dalam membantu pekerja mereka. Sebagai contoh, pekerja separuh masa juga, misalnya berkongsi manfaat yang sama seperti pekerja yang sepenuh masa. Mereka diberikan masa cuti yang tiada had, masa sakit, dan cuti ibu bapa.

Di samping itu, syarikat ini juga akan membayar yuran kolej anak-anak pekerja mereka! Dengan manfaat yang luar biasa seperti ini, ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya pekerja mereka bersikap amat setia kepada syarikat ini.

“Hanya dua orang yang pernah berhenti daripada bekerja di syarikat kami setakat ini,” kata Chieh kepada Huffington Post.

Jadi, adakah anda berminat? Jika bekerja di syarikat Boxed ini kedengaran seperti satu pekerjaan yang terbaik untuk anda, anda sangat bertuah, kerana syarikat itu sedang membuka peluang itu dan mencari pekerja baru!

Sumber: http://www.womansday.com/life/work-money/a55650/boxed-boss-employee-wedding/

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button