Gaya HidupKesihatan

Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Berlaku Kemalangan Di Depan Mata?

Kemalangan merupakan satu tragedi yang tiada siapa boleh elakkan. Dengan jumlah kemalangan yang kini kian meningkat, kita juga dapat lihat betapa tingginya sifat “simpati” dan “mengambil berat” rakyat Malaysia terhadap mangsa-mangsa kemalangan. Kita dapat lihat sifat ini diberikan apabila berlakunya kesesakan jalan raya disebabkan ramai orang awam yang memberhentikan kereta mereka untuk membantu.

bicycle-accident

Auto-accident

Walaupun apa yang dilakukan oleh rakyat itu boleh dikatakan amat mulia, menurut Penolong Pegawai Perubatan (PPP), sekiranya anda tidak mengetahui cara melakukan perawatan awal dan perawatan kecemasan yang betul, ianya lebih baik untuk anda sekadar melakukan perkara-perkara berikut, bagi mengelak daripada berlakunya kerosakan yang lebih teruk pada kondisi mangsa:

ma

482833719

  1. Memberhentikan kenderaan anda jika anda antara orang yang pertama melihat kemalangan itu. Kemudian segera menenangkan mangsa serta ahli keluarga yang ada.

  1. Walau bagaimanapun, jika anda lihat telah ramai yang turun mengerumuni mangsa, anda tidak perlu memberhentikan kenderaan kerana itu hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kemudiannya akan menyebabkan ambulans untuk sampai kepada mangsa.

  1. Mengawal lalu lintas agar tidak mengalami kesesakan jalan raya di kawasan kemalangan tersebut.

  1. Menelefon panggilan kecemasan dengan segera dan terangkan dengan terperinci setiap soalan yang ditanya agar memudahkan polis, bomba dan PPP yang merespon.

  1. Jika mangsa mampu bergerak tetapi dalam keadaaan lemah, bantu mangsa dan alihkan pesakit di tepi jalan atau tempat yang lebih selamat.

  1. Kemudian jika terdapat serpihan-serpihan bekas kecelakaan, alihkan supaya tidak membahayakan dan memudaratkan keadaan sekeliling.

  1. Jika mangsa tidak sedarkan diri, cuba kejutnya dengan menepuk kedua bahu pesakit, tetapi jangan sesekali cuba mengalihkan pesakit kerana ia mungkin akan menambahkan komplikasi kepada mangsa seperti kepatahan tulang “cervical” (leher).

  1. Jika mangsa kelihatan seperti sudah meninggal dunia, letakkan surat khabar, plastik hitam, atau apa sahaja perkara yang boleh menutupi mangsa, bagi menghormati mangsa.

  1. Berikan laluan sekiranya pasukan perubatan telah tiba, dan biarkan mereka melakukan proses menyelamat. Jangan “mengajar” anggota perubatan cara menyelamat seperti yang ada baca di “Google” kerana pasukan perubatan adalah terlatih dan mengetahui apa yang perlu dilakukan. Dan anda hanya perlu membantu pasukan perubatan jika diminta sahaja, contohnya, membantu mengangkat mangsa.

  1. Pada kebiasaanya, jika kecelakaan terjadi, pasukan polis atau bomba akan turut serta, orang awam dinasihati agar tidak masuk campur kerana ia hanya melambatkan proses menyelamat dilakukan.

  1. Jika melibatkan kecelakaan maut, dinasihatkan agar jangan alihkan mangsa dan barang persekitaran kerana pihak polis ingin mengambil gambar kawasan setempat bagi mengetahui punca sebenar dan mekanisma kecelakaan yang terjadi.

  1. Jangan pegang mangsa pada kawasan yang di penuhi darah (kecuali dengan personal protection yang baik), kerana sebagai contoh, kita tidak tahu bahawa mangsa tersebut mungkin penghidap HIV atau sebarang penyakit berjangkit.

  1. Jika mangsa mengalami pendarahan aktif (active bleed), cuba tekap dan berikan tekanan pada kawasan tersebut dengan sesuatu yang boleh membantu memberhenti / mengurangkan pengeluaran darah tersebut.

  1. Jangan mengambil gambar keadaan mangsa dan memviralkannya kerana ia mampu membuka aib mangsa seterusnya menambahkan lagi kesedihan ahli keluarga mangsa.

Jadi, dengan info ini, kami harap anda dapat jadikannya sebagai panduan untuk membantu sekiranya berlaku sebarang kemalangan di masa hadapan, tanpa meninggikan risiko untuk memudaratkan mangsa atau menyukarkan pasukan penyelamat.

Sumber: http://www.mmgazette.com

Show More

Related Articles

Back to top button