Gaya HidupKesihatanSukan

Bayar pekerja untuk bersenam di pejabat?

Apakah masa sudah tiba syarikat-syarikat di Malaysia menggalakkan para pekerjanya supaya mengamalkan rutin harian yang lebih sihat? Itu merupakan satu topik perbincangan di Amerika Syarikat yang mengumumkan tiga pembunuh utama adalah sakit jantung, kanser dan penyakit pernafasan.

Sememangnya ketiga-tiga penyakit itu boleh dikawal, ataupun dielakkan secara keseluruhan dengan adanya program senaman di tempat bekerja. Biarpun niat untuk bersenam adalah hajat yang ditanam pada diri sendiri, angka disebalik jumlah kematian amat menggerunkan.

Bukan sahaja di AS, anda pasti telah mendengar tentang budaya pekerjaan di Jepun dan China yang memasukkan senaman ke dalam rutin harian bekerja. Semuanya semata-mata mengejarkan sasaran syarikat dengan harapan ia akan membantu kami pada masa depan.

Di Malaysia pula, ia bukan satu rahsia bahawa negara kita telah merekodkan jumlah kes obesiti yang cukup tinggi berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara. Dengan kelahiran teknologi yang lebih maju, inovasi hendaklah diberi kepada pekerja juga supaya mereka dapat menenangkan fikiran mengenai kerja mereka walaupun masih berada di tempat kerja masing-masing.

Semakin hari, kadar obesiti terus meningkat di seluruh dunia. Tindakan harus diambil untuk menyuntik motivasi kepada pekerja-pekerja supaya moral untuk bekerja terus kekal di 100 peratus.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker