Teknologi

6 syarikat baru ingin takluk industri telefon pintar

Nextbit

nextbit-robin-review-aa-2-of-20-840x560

Nextbit Robin merupakan salah satu telefon pintar paling inovatif pada tahun 2016 kerana ia berjaya memperbaiki sistem simpanan online (online storage) seperti Cloud dengan lebih baik.

Secara ringkasnya, Nextbit tidak mahu memori menjadi isu lagi sedangkan kesemua aplikasi akan dimuat naik ke Cloud secara automatik. Ia memastikan peranti anda sentiasa kemas selain melakukan penambahbaikan kepada sistem kamera dan bateri.

LeEco

LeEco-Title-840x407

Kami sudah melihat kemunculan Lenovo (Motorola), Huawei, dan Xiaomi baru-baru ini, namun LeEco kini tampil sebagai ‘kuda hitam’ dalam pasaran China.

Antara perkara penting untuk diketahui, LeEco merupakan salah satu syarikat terkenal dalam industri media seperti televisyen, filem, muzik dan pennyiaran sukan. Selain itu, LeEco turut dikenali dalam pasaran kereta elektrik dan sistem pandu sendiri.  LeEco masih boleh diperbaiki dan mempunyai masa depan cerah dalam tahun-tahun akan datang.

Fairphone

fairphone-5-840x560

Sekiranya anda seroang yang mengutamakan alam sekitar dan keadaan sosial, Fairphone adalah satu syarikat yang terkenal dengan misi mempertahankan perkara-perkara tersebut. Bisnes itu sentiasa memantau setiap bahan yang digunakan untuk menghasilkan setiap produk sekali gus menjaga tenaga buruh yang diperlukan.

Slogannya: “Memperkenalkan telefon pintar adil ke pasaran – diciptakan tanpa risiko terhadap orang dan planet”.

Silent Circle/ Geeksphone

Blackphone-2-flat-840x568

Apakah sekuriti salah satu kepentingan bagi anda? Geeksphone dan Silent Circle ingin menyelami aspek sekuriti dalam bahan elektronik untuk menentang kes jenayah sekali gus mempertahankan hak pengguna.

Satu lagi syarikat yang memerlukan masa untuk memperbaiki sistemnya, namun sasarannya sudah jelas.

Wileyfox

WileyFox-Storm

Satu-satunya syarikat dari United Kingdom, Wileyfox cuba memikat penduduknya dengan koleksi telefon pintar mampu dimiliki! Harganya tidak serendah OnePlus 3 tetapi ia lagi rendah!

Penduduk UK boleh membeli telefon pintar yang dikuasai software Cyanogen (pernah digunakan dalam OnePlus One) bermula pada harga GBP90 sahaja! Oneplus 3 bernilai GBP329!

Obi Worldwide

Obi-Worldwide

Di Amerika Syarikat pula, kini telah muncul syarikat baru iaitu Obi Worldwide yang diketuai bekas CEO Apple, John Sculley yang mengangkat Apple bersama Steve Jobs pada suatu ketika.

Obi menyasar pasaran di Asia, Africa dan Amerika Latin sebagai keutamaan mereka setakat ini. Apa yang pasti, syarikat Sculley mempunyai pengalaman luas dalam bidang tersebut dan Obi boleh menjadi satu jenama popular di dunia satu hari nanti.

Show More

Related Articles

Back to top button