Gaya HidupKesihatan

Suka Berkebun? Manfaat Sejam Berkebun

1464282013-1464020985-gallery-1463771777-landscape-1463147874-daisy-heart-copy

Dengan cahaya matahari menjadi salah satu elemen yang penting dalam kehidupan kita, dan antara cara yang terbaik untuk mendapatkannya adalah dengan melibatkan diri dalam kegiatan berkebun.

Mungkin sebahagian sudah tahu tentang manfaat kesihatan mental yang akan kita dapat dengan berkebun, dan bagaimana ia juga boleh meningkatkan jangka hayat hidup kita. Tetapi, adakah anda tahu apakah yang akan berlaku kepada badan kita secara fizikalnya sekiranya kita aktif dalam melakukan aktiviti ini?

Pernahkah anda terfikir dengan hanya satu jam anda berkebun, apakah yang akan terjadi kepada sistem badan anda? Baru-baru ini, AXA PPP Healthcare telah mengeluarkan satu infografik untuk membantu anda menggambarkan kesan yang akan berlaku kepada kesihatan anda dengan hanya satu jam berkebun, dan ini juga termasuk berapa banyak kalori yang kita bakar, sekuat manakah otot-otot dan organ-organ penting kita akan jadi selepas itu.

1464281997-syn-ghk-1464020946-syn-hbu-1463770304-syn-clg-1463141040-gardening-calories

Berikut adalah faedah fizikal yang anda dapat daripada berkebun :

  1. Perut Anda

Dengan sering mendedahkan diri kepada bakteria dalam tanah akan membuatkan perut kebanyakkan tukang kebun di luar sana lebih tahan dan mempunyai sistem imun yang lebih kuat.

  1. Jantung Anda

Berkebun secara semula jadinya boleh menguatkan jantung, membina daya tahan dan meningkatkan stamina anda yang, seterusnya, akan mengurangkan risiko anda daripada mendapat serangan jantung dan strok.

  1. Otot Anda

Aktiviti berkebun akan membuatkan hampir setiap otot dalam badan anda berfungsi, terutamanya belakang, lengan, abdominals, bontot, paha, dan tangan. Otot yang kuat boleh memperbaiki postur dan boleh melindungi tubuh anda daripada berlaku sebarang kecederaan dan masalah kesihatan yang lain pada masa depan.

 

  1. Keseimbangan Dan Fleksibiliti Anda

Dengan selalu berkebun, boleh menguatkan otot-otot di sekitar pergelangan buku lali dan kaki yang seterusnya akan memperbaiki keseimbangan dan fleksibiliti anda. Ini boleh membantu mengelak daripada terjatuh dan kecederaan.

Menarik bukan fakta-fakta ini? Berikut adalah selebihnya faedah yang akan anda dapat dengan berkebun:

1464282003-syn-ghk-1464020951-syn-hbu-1463770314-syn-clg-1463145733-body-gardening

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com

Show More

Related Articles

Back to top button