Gaya HidupMakan & Minum

Tips Baking Ini Akan Mengubah Hidup Dengan Serta Merta!

Dengan tips baru yang bakal kami kenalkan pada anda ini, akan membuatkan senarai membeli-belah anda menjadi lebih pendek! Mengapa? Ini semua kerana dengan tips ini, anda tidak perlu menggunakannya telur, minyak atau air apabila baking dengan menggunakan campuran kek segera. Apa yang anda perlukan adalah….. satu tin AIR SODA!

gallery-1467131119-gh-062716-cake-pin

Untuk pengetahuan anda, ejen penaik yang ada dalam campuran ini akan memastikan kek anda tetap naik dan dengan air soda yang kami katakan tadi dan

menjadikan tepung itu bertukar ke dalam bentuk adunan. Walaupun rasa soda kebanyakannya akan hilang setelah dibakar, soda pekat adalah pasangan yang terbaik untuk pencuci mulut yang berasaskan coklat.

Lihat video di bawah untuk lihat bagaimana air soda boleh membuatkan kek anda naik seperti menggunakan bahan-bahan lain:

 

Mudah betulkan? Tetapi ia bukan hanya soda yang boleh membuat proses baking anda ke tahap yang lebih mudah dan sedap. Anda juga boleh cuba perisa yang berbeza dengan kombinasi yang berbeza untuk mendapatkan resipi yang menarik dan yang paling penting — lebih pantas!

Berikut adalah beberapa bahan yang anda mungkin mahu cuba:

Mayonis

gallery-1467130875-gh-062716-cake2

Seorang chef di Kansas City yang bernama Jasper J. Mirabile, Jr. telah mendakwa bahawa perasa sandwich ini merupakan salah satu uji rahsianya dalam baking. Ia bertindak sebagai pengganti minyak, manakala mengimbangi gula dan menjaga kek daripada menjadi terlalu kering.

Ais krim

gallery-1467130971-gh-062716-cake4
Ini adalah salah satu bahan yang mungkin bagi ramai orang adalah sangat pelik untuk dijadikan bahan membuat kek. Tetapi keputusan, dengan menggunakan dua cawan ais krim dan 1/2 cawan tepung naik sendiri benar-benar akan memberikan anda kek yang sangat sedap!

Krim masam

gallery-1467131058-gh-062716-cake3
Rupa-rupanya bahan ini bukan sahaja sesuai untuk digunakan dalam taco! Dengan menggunakan krim masam sebagai pengganti bahan-bahan yang lain dalam kek anda akan memberikan tekstur kek yang berkrim dan sangat lembap.

 

 

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com

Show More

Related Articles

Back to top button