FesyenGaya Hidup

Mengapa Seluar Denim dipanggil Jeans

Setiap orang mempunyai jeans kegemaran mereka. Seluar yang akan tetap buat anda rasa selesa dan yakin untuk keluar walaupun sebenarnya anda rasa tiada mood pada hari itu. Tetapi pernahkah anda terfikir tentang asal usulnya jeans kegemaran anda? Sebagai contoh, mengapa kita memanggilnya “jeans”?

Berikut adalah di mana asal-usul istilah “jeans” itu datang:

Menurut orang-orang di HelloGiggles, seluar jeans muncul kira-kira pada tahun 1800 di sebuah bandar Perancis yang dipanggil Nimes. Kain jeans itu sendiri telah dikenali sebagai serge, jadi frasa yang rakyat di situ sering gunakan untuk menggambarkan seluar tersebut adalah “serge de Nimes,” yang berbunyi agak serupa seperti “denim.” Askar-askar dari Genoa, Italy yang dipanggil “jeans” oleh orang-orang Perancis mula memakai seluar itu, dan dengan itu, lahirlah nama samaran yang kita sering sebut-sebut sehingga ke hari ini.

“Skinny” Jeans

gallery-1464716342-skinny-jeans
Dalam tahun 1950-an dan 1960-an, selebriti terkemuka seperti Marilyn Monroe dan Elvis mula menggayakan beberapa jenis jeans drainpipe, yang agak serupa dengan jeans yang kini kita lebih kenali sebagai skinny jeans. Pada tahun 80-an, fesyen ini sangat terkenal apabila ramai yang memakainya dengan gaya rock glam dan memakai jeans yang warnanya hampir luntur disebabkan asid mencuci yang sangat ketat hingga ke buku lali anda. Trend ini mula dibangkitan sekali lagi pada era 2000-an. Akhirnya, trend ini kembali semula pada era 2010-an, dengan ramai lelaki dan wanita amat menyukai seluar jeans yang ketat ini.

“Bell-Bottoms”

gallery-1464716278-bell-bottoms
Seluar ini mungkin adalah yang paling penuh dengan kontroversi dalam semua seluar yang ada. Asal-usul seluar ini adalah sebelum era 60-an lagi. Bagi tentera laut AS pada awal abad ke-19, untuk memakai seluar lebar berkaki seragam merupakan sesuatu yang boleh diterima umum (disebabkan seluar yang formal belum lagi wujud). Ia kemudiannya diikuti oleh para pemuzik, pelakon dan selebriti lain kemudiannya.

“Bootcut” Jeans

gallery-1464716112-bootcut-jeans

Walaupun “bell-bottoms” dan “skinny jeans” pastinya antara dua gaya yang paling dikenali dikalangan seluar denim yang lain, seluar jeans Bootcut juga telah menguasai pasaran selama beberapa dekad — terutamanya dalam era 90-an dan awal 2000.

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button