Teknologi

Senarai gajet terbaik dari Google

Google bukan sahaja merupakan sistem pencarian info paling popular di dunia, kini syarikat fenomena ini telah mengatur langkah untuk lebih dekat dengan manusia melalui rekaan teknologi mereka. Ada banyak yang berlaku di sebalik tabir www.google.com yang kami tidak tahu. Namun persoalannya tetap muncul, mengapa rakyat Malaysia tidak berkenan dengan produk-produk Google?

1) Google Nexus 6P

6P

Diberi gelaran Raja Android 2015, Nexus 6p diciptakan oleh syarikat ternama Huawei bersama Google hujung tahun lepas. Antara spesifikasinya yang menarik adalah RAM 3GB, saiz 5.7 inci, rangka besi, resolusi skrin teringgi 1440 x 2560, dan semestinya setiap peranti Google akan menerima update Android terbaru seperti Android Nougat sebelum mana-mana syarikat lain.

Selain itu, Google turut menyerlah dari segi prosesor, sekuriti dan dihiasi kamera paling mantap sehingga pertengahan tahun 2016!

Google Nexus 6P boleh dibeli dengan harga RM2199, berdasarkan promosi yang dibuat DirectD.com.my.

2) Google Chromecast

480434-old-chromecast-vs-new-chromecast

TV ada slot HDMI? Ubahkan tema TV konvensional dengan teknologi Android! Dengan menggunakan chromecast, anda boleh menggunakan aplikasi kegemaran seperti YouTube, Facebook, Netflix dan lain-lain.

Peranti ini diciptakan khas untuk pemilik television yang tidak mampu membeli Android TV namun pastikan anda tahu keperluan lengkap sebelum menggunakan Chromecast.

3) Google Pixel C

PixelC

Mahukan tablet bertemakan sistem Android? Google Pixel C adalah pilihan terbaik! Reka bentuk yang bergaya, papan kekunci yang sangat selesa dan secara keseluruhan ia mampu bersaing dengan Apple iPad dan Microsoft Surface 4.

4) Google Chromebook Pixel

Chromebook

Jika anda benar-benar fanatik Google dan Android, Chromebook Pixel 2 adalah komputer riba paling sesuai untuk anda. Untuk pengetahuan anda, Chromebook tidak menggunakan sistem Windows atau Mac OS x, malah menggunakan Android OS yang mempunyai ciri-ciri sama seperti telefon pintar anda.

Ia ditujukan khas kepada mereka yang menjiwai sistem yang lebih minimalistik, kemas dan berwarna terang.

5) Google Watch

Google watch

Google Watch adalah khabar angin terbaru, bermakna ia masih dalam proses pembikinan. Namun, berdasarkan laporan setakat ini, Google Watch mampu mendominasi industri jam tangan pintar bagi sistem Android.

 

Show More

Related Articles

Back to top button