Gaya Hidup

Cara Buat Potpuri Guna Bunga-Bunga Di Rumah Sendiri

Jika anda minat potpuri, artikel ini semestinya akan memberi banyak faedah kepada anda.

Ramai yang akan setuju kalau kami kata yang potpuri adalah antara elemen yang akan membuatkan sesuatu majlis yang meraikan kebahagiaan atau kesyukuran, menjadi lebih ceria dan ia juga semestinya memberikan sesuatu kesan yang bermakna buat tuan rumah dan juga tetamu yang hadir.

Namun harga di pasaran boleh dikatakan tidak murah jika kita mahu membelinya.

Oleh itu, RD berkongsi cara yang lebih baik ialah dengan membuatnya sendiri di rumah, dengan menggunakan tumbuh-tumbahan yang anda tanam sendiri!

 

Pilih Tiga Perkara Ini Daripada Taman Anda

Baiklah, langkah pertama dalam membuat potpuri anda sendiri di rumah adalah dengan mengumpul tumbuh-tumbuhan yang diperlukan daripada taman di belakang rumah anda.

Pilih bunga, kelopak bunga, dan herba yang anda suka, tetapi anda perlu ingat bahawa warna dan tekstur adalah unsur-unsur yang lebih penting daripada bau mereka sendiri.

Kerana bau potpuri anda akan anda tetapkan sendiri berdasarkan minyak pati apa yang anda gunakan dalam campuran tumbuh-tumbuhan itu nanti.

c43a1e7704b28587e9fc3b49524de8c7

 

Tambah Tekstur Ke Dalam Potpuri Anda

Jika anda mahukan sedikit tekstur tambahan pada campuran potpuri anda, anda boleh tambahkan tumbuhan berkayu.

Tetapi, ianya penting untuk anda kumpul lebih banyak tumbuhan daripada yang anda fikir anda perlu, kerana tumbuh-tumbuhan itu akan mengecut setelah mereka kering.

 

Cara Keringkan Untuk Hasilkan Potpuri

Keringkan bahan-bahan ini di atas surat khabar setelah anda selesai mengumpul mereka.

Selepas kira-kira seminggu, ia seharusnya memberikan tekstur yang tajam dan sedia untuk digunakan.

Jika anda belum mahu membuat potpuri anda walaupun mereka telah pun kering, anda boleh menyimpan mereka dalam balang yang kedap udara.

DIY-fall-potpourri

 

Pilih Minyak Pati & Pengawet Aroma

Sebaik sahaja anda mempunyai bahan-bahan, seterusnya anda perlu memilih minyak pati dan pengawet aroma (fixative), yang akan menyerlahkan dan memanjangkan jangka hayat baunya nanti.

Antara pilihan pengawet yang popular adalah akar orris yang anda boleh dapatkan di kebanyakan kedai kraf dalam bentuk kristal kecil atau serbuk.

Apabila sudah tiba masanya untuk mahu membuat potpuri anda, kacau bahan pengawet itu dengan minyak pati dalam balang kaca.

Selepas anda selesai mengacau mereka dengan teliti, biarkannya selama beberapa hari untuk biarkan mereka betul-betul sebati.

potpourri-heart

Untuk setiap cawan campuran tumbuhan kering, anda perlu menggunakan 1-2 sudu besar pengawet dan 6 titik minyak pati. Kemudian, letakkan tumbuhan kering anda dalam beg plastik yang besar dan tambah campuran pengawet dan minyak pati tadi.

 

Cara Simpan Potpuri

Goncang dengan teliti dan biarkan potpuri itu menyerap semua sebatian itu dalam beg selama dua hingga tiga minggu. Setelah itu, ia sudah sedia untuk digunakan.

Jika anda dapati yang bau potpuri anda agak pudar, letak kembali campuran itu ke dalam beg dan tambah beberapa titik lagi minyak pati tadi. Selepas beberapa hari, ia akan mendapatkan semula baunya.

Jadi, mudah bukan cara untuk membuat potpuri ini sendiri di rumah anda? Selepas ini boleh lah anda cuba membuatnya di rumah bersama keluarga anda untuk majlis-majlis akan datang!

 

Show More

Related Articles

Back to top button