Kecantikan

Madu Boleh Jadi Pelembap Rambut, Betul Ke?

Selain daripada rasanya yang sangat lazat, dan kadang-kadang boleh jadi agak menjengkelkan disebabkan konsistensinya yang pekat dan melekit itu, madu sebenarnya mempunyai beberapa manfaat yang agak popular dalam aspek kecantikan.

Sama ada anda sedar atau tidak, salah satu bahan ruji di dalam pantri anda ini boleh membuatkan anda kelihatan bercahaya dari hujung kepala hingga ke hujung kaki — tetapi dalam artikel ini kami akan lebih tekankan kesan yang akan anda dapat di kawasan kepala anda.

theeverygirl_hairmask4

health-hack-honey-hair

Menjadikan madu sebagai sebahagian daripada regimen penjagaan rambut anda boleh menawarkan rambut anda dua faedah yang amat besar: iaitu helaian rambut yang lebih kuat dan kelembutan yang bertambah.

Apa yang perlu lakukan adalah, hanya tambah satu sudu teh madu kepada dalam jumlah syampu yang anda biasanya gunakan.

Cuci rambut anda dan biarkan ia berbuih seperti biasa, dan membiarkan sifat melembap yang ada dalam solusi yang anda buat tadi menjalankan tugas mereka.

Ciri-ciri yang wujud dalam madu ini, akan membantu rambut anda mengekalkan kelembapannya sehingga ia boleh membuat rambut anda lebih sihat dengan serta merta.

37602e24767147a0f621b17af0a57225

Untuk rambut yang lebih berkilat, campurkan satu sudu madu mentah dengan dua sudu besar minyak kelapa.

Sapukannya pada 2/3  daripada rambut anda yang sudah lembap dan biarkannya selama 20 minit sebelum anda membilasnya.

Dengan lakukan ini, enzim dan nutrien yang ada dalam madu mentah itu akan membuat rambut anda yang asalnya kelihatan pudar dan membosankan itu, menjadi lebih berkilat tanpa memberikan anda rasa yang berat.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/beauty/honey-hair-moisturizer

Show More

Related Articles

Back to top button