Gaya HidupHiburanKesihatan

Pokémon GO: Bagaimana Ia Memanfaatkan Berat Badan Anda

Sekarang ini, siapa sahaja yang tidak tahu tentang kewujudan Pokémon GO – permainan animasi yang sangat popular ini, bukan? Permainan yang memberikan efek seolah-olah anda benar-benar sedang memburu dan menangkap Pokemon ini adalah antara perkara yang sedang digilakan oleh orang ramai (selain daripada Kylie Lip Kit). Jika anda atau sesiapa yang anda kenali adalah antara yang sangat obses dengan aplikasi ini, anda perlu tahu beberapa cara bagaimana ia boleh membantu anda menurunkan berat badan yang berlebihan itu.

  1. Teruskan berjalan

pokemon 2

Jika anda telah masukkan Pokémon GO ke dalam rutin harian anda, anda mungkin sudah berjalan lebih dari yang biasanya, dan ini boleh membantu membakar lebih banyak kalori anda. Kebiasaanya, anda akan membakar kira-kira 100 kalori setiap batu anda berjalan. Jika anda berjaya membakar 500 kalori lagi (atau berjalan kira-kira lima batu) setiap hari, anda boleh mengharapkan untuk kehilangan kira-kira satu paun setiap minggu,” kata Albert Matheny, seorang jurulatih peribadi, CSCS, pemilik R.D. bersama SoHo Strength Lab dan Pemakanan Promix.

  1. Tingkatkan tahap kelajuan pergerakan anda

pokemon 1

Dalam  permainan ini, jika anda ingin mendapatkan lebih banyak Pokémon anda perlu bergerak lebih pantas. “Oleh kerana anda lebih banyak  meluangkan masa memburu mereka apabila anda berjalan dengan rancak, berjoging, atau berlari, anda akan membakar lebih banyak kalori pada masa yang sama,” kata Matheny lagi.

  1. Ambil jalan yang berbukit

Pokemon-Go-970-80

Setelah anda mendapatkan momentum daripada berlari tadi, anda boleh teruskan kepada langkah yang seterusnya, iaitu mencari jalan yang lebih berbukit. Dengan mendaki jalan yang berbukit akan membakar lebih banyak kalori kerana anda berjalan menegak walau sedang bergerak ke hadapan, kata Matheny. Dan untuk mendaki bukit, anda perlu menghasilkan lebih banyak tenaga, dan ini akan mengaktifkan lebih banyak otot, katanya. Dan itu juga akan membakar lebih banyak kalori dari biasa.

  1. Gabungkan berat tambahan

pokemon-go-ios-android

Lebih banyak otot berjaya diaktifkan, bermakna lebih banyak kalori yang akan dibakar. “Oleh itu, dengan mengangkat sedikit berat tambahan ketika anda berjalan akan mengaktifkan bahagian atas badan anda dan otot-otot teras yang lain, berbanding berjalan tanpa berat tambahan,” kata Matheny. Walau bagaimanapun, beliau tidak menggalakkan anda untuk membawa berat tambahan itu dengan tangan anda kerana itu akan membakar lebih banyak tenaga berbanding yang sepatutnya dan ini akan membuatkan anda lebih cepat letih.

  1. Berhati-hati dengan apa yang anda makan

 

pokemon 3

Walaupun permainan ini boleh membawa anda lebih dekat kepada matlamat berat badan anda, pemakanan anda juga memainkan peranan yang lebih besar dalam penurunan berat badan anda. “Anda boleh bersenam seberapa banyak yang anda mahu, tetapi jika anda makan lebih banyak kalori daripada yang anda telah bakar, anda tidak akan berjaya membakar berat itu,” kata Matheny. Jadi padankan tabiat bermain Pokemon GO baru anda nanti dengan pelan pemakanan yang lebih sihat, dan potensi untuk dapatkan badan ideal anda itu akan jadi lebih dekat.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button