Teknologi

Nak Bendung Anak Daripada Main iPhone/iPad Anda? Ini Adalah Caranya…

Semua ibu bapa tahu apa yang akan berlaku sekiranya mereka membiarkan anak-anak mereka menggunakan iPhone atau iPad. Jawapannya adalah, keadaan akan menjadi HURU-HARA.

Sama ada mereka mengambil berjuta-juta gambar yang mengarut dan membuatkan kapasiti camera roll anda menjadi penuh, atau memuat turun aplikasi permainan yang entah apa-apa, atau memadam semua aplikasi-aplikasi penting anda daripada peranti itu sendiri.

Jadi ianya bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya anda jumpa ibu bapa yang agak berat hati untuk memberikan peranti peribadi  mereka kepada anak-anak mereka sendiri.

child_holding_cell_phone_thinkstockphotos-460194799-100584900-large

Walau bagaimanapun, hakikatnya pada zaman sekarang ini, anda tidak mempunyai pilihan lain selain daripada tetap terpaksa memberi mereka bermain dengan peranti itu, sama ada untuk memujuk mereka, atau untuk mengalihkan perhatian mereka.

Tetapi, kali ini, sekiranya anda mahu memberikannya kepada mereka, anda boleh elak daripada semua perkara itu berlaku dengan tips yang mudah dari Ashley Phipps, blogger bagi Simply Designing ini.

Di blognya, Phipps menjelaskan bagaimana ibu bapa boleh menggunakan ciri “restrictions” yang ada dalam peranti mereka untuk mengelakkan anak-anak anda daripada membeli aplikasi dalam App Store, menghentikan anak anda daripada memadam aplikasi dari peranti anda, menyekat aplikasi tertentu, dan banyak lagi. Dengan arahan beliau, ciri itu boleh digunakan sebagai satu bentuk kawalan ibu bapa yang dengan mudah boleh dihidupkan dan dipadamkan bila-bila masa.

Anda boleh menggunakan ciri ini dan menyesuaikan tetapan dengan pergi ke “Settings” > “General” > “Restrictions” > “Enable Restrictions.” Di sini anda boleh menetapkan kod laluan dan kemudian memperibadikan aplikasi tertentu, menentukan kandungan apa yang mereka mempunyai akses kepada, dan tetapan privasi mereka.

aid3118686-728px-Childproof-Your-iPad-or-iPhone-Step-3

aid3118686-728px-Childproof-Your-iPad-or-iPhone-Step-4Bullet1

aid3118686-728px-Childproof-Your-iPad-or-iPhone-Step-3Bullet1

Secara khususnya, anda boleh menetapkan kata laluan untuk pembelian dalam aplikasi, yang akan menghalang anak-anak anda daripada membeli aplikasi di App Store dan iTunes stores. Selain itu, anda juga boleh membuat tetapan di bawah “Guided Access”, yang boleh menghalang anak-anak daripada menggunakan aplikasi lain selain daripada yang anda telah bukakan untuk mereka.

Jadi, lain kali sebelum anda senang-senang berikan iPhone atau iPad anda pada anak-anak dan perlu menanggung risiko untuk lihat kebanyakkan aplikasi penting anda dipadamkan, pastikan anda gunakan tips ini terlebih dahulu.

Sumber: http://www.womansday.com

Show More

Related Articles

Back to top button