Gaya HidupKecantikan

Salahguna Makeup Wipes

Selain daripada perlu menggunakan makeup remover dengan berkeping-keping kapas untuk mencuci makeup daripada muka anda, ramai yang lebih sukakan makeup wipes. Ianya lebih mudah, lebih tahan lama, dan yang penting sekali, anda boleh simpan duit yang selama ini anda gunakan untuk membeli makeup remover dan kapas itu untuk membeli keperluan lain!

nice beautiful girl removes her make-up using wet wipes

Makeup wipes adalah kawan baik bagi setiap wanita-wanita yang tidak begitu rajin diluar sana (aka pemalas). Ianya adalah antara alternatif yang terbaik untuk elak daripada perlu menggunakan makeup remover, selepas itu toner, selepas itu serum, selepas itu, selepas itu dan selepas itu yang lain. Dengan makeup wipes, anda hanya perlu lap muka anda sehinggalah tiada lagi kesan makeup di muka anda!

Tetapi, walaupun ia sememangnya mudah, anda perlu pastikan yang anda melakukannya dengan betul. Ternyata, ada cara yang betul dan ada cara yang salah dalam melakukan proses mengelap ini dengan betul. Dan kami yakin yang 90% daripada anda semua telah melakukannya dengan salah selama ini.

Menurut seorang pakar dermatologi di Beverly Hills, yang juga merupakan seorang konsultan bagi Simple Skincare, Dr. Debra Luftman, “Ianya penting untuk mula menggunakan makeup wipes dari dahi kemudian turun ke bahagian rahang, untuk mengelak daripada berlakunya pengagihan semula minyak dan bakteria yang ada di sekitar muka dan menyebabkan munculnya jerawat pada masa depan.”

gallery-1460042135-face-wipes

Makeup_wipes

Menurut Dr. Luftman, anda sepatutnya tinggalkan kawasan yang paling teruk sekali (paling berminyak) untuk dilap, “Akhiri proses mengelap anda dengan mengelap hidung anda, kerana ia adalah salah satu bahagian yang paling berminyak pada muka anda” Kemudian barulah anda boleh buang wipes yang telah digunakan itu.

Jadi, selepas ini jika anda mahu mencuci makeup anda menggunakan makeup wipes, jangan lupa untuk lakukannya seperti yang kami nasihatkan ini. Jika tidak, anda berpotensi untuk mempunyai muka yang berjerawat dan lebih berminyak dari asalnya.

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com/beauty/anti-aging/a37788/how-to-use-face-wipes/

 

Show More

Related Articles

Back to top button