Gaya HidupKecantikan

Kompak Foundation Chanel Le Teint Tenue Flawless

Jika ada satu perkara yang setiap wanita yang sibuk dan sangat komited dengan kerjaya mahukan dalam rutin makeup mereka adalah kompek foundation yang cantik, terhindar dari cacat cela dan sangat tahan lama. Lagipun, zaman sekarang ini mana ada orang yang suka dan rajin untuk “touch up” mereka setiap masa bukan?

chanel-perfection-lumiere-fond-de-teint-10568729dtzub_2041

le-teint-ultra-tenue-ultrawear-flawless-compact-foundation-spf-15-10-beige-13g.3145891758603

Kompak foundation Chanel Le Teint Ultra tenue Ultrawear SPF15 yang berharga RM235 ini akan memberikan anda kesan “flawless” yang kelihatan sangat semula jadi dan tidak akan pudar atau mengoksidakan.

Rahsia untuk kompak yang ajaib ini adalah teknologi baru yang jenama Chanel ini panggil sebagai “Complex Diffusion Perfect Light” yang memberikan kesan duo dinamik yang lembut apabila serbuk hemisfera yang ada di dalamnya meresap ke dalam kulit anda.

Di samping mengurangkan penampilan liang-liang roma yang ada pada kulit muka anda,  ia juga akan memantulkan cahaya semula jadi dan membuatkan anda kelihatan berseri-seri.

ChanelLeTeint-compact-2

Apa yang lebih menarik tentang produk ini adalah bahan-bahan yang mereka gunakan. Contohnya, pigmen galian hidrofobik yang produk ini sediakan akan kekal tahan di muka anda sehingga selama 8 jam ke atas! Malah, tekstur baldu produk ini yang sangat lembut akan kelihatan seperti seolah-olah kulit kedua di muka anda.

Jadi? Bukankah ini idea yang baik untuk anda menabung sedikit daripada gaji anda untuk dapatkan kompek foundation yang amat menakjubkan ini?

Sumber: http://www.elle.my

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker