Gaya HidupKecantikan

Lelaki Yang Mengalami Masalah Kulit Kering, Ini Cara Penyelesaiannya

Jika anda seorang lelaki yang sedang mengalami masalah kulit muka kering  dan sedang mencari jalan untuk mengatasinya, tetapi, sebelum ini anda tidak pernah menghiraukan tentang rutin penjagaan kulit muka anda dan tidak tahu cara apa yang paling sesuai untuk mengembalikan kelembapannya. Jangan risau, kerana anda boleh ikuti 5 cara ini dan anda akan boleh ucapkan selamat tinggal pada masalah kulit itu.

  1. Anda perlu pastikan yang anda kekal terhidrat

waterbottle

Anda perlu pastikan badan anda mendapat sebanyak 2 liter air pada setiap satu hari. Flask ROOT 7 Corkcicle Canteen ini memberikan 3 kali ganda perlindungan untuk memastikan H20 anda kekal sejuk sehingga saat yang akhir.

  1. Pastikan anda kekal segar

manshower

Ya, walaupun kami tahu yang mandi dengan air panas adalah sesuatu yang buat badan anda selesa, dan sangat baik untuk saraf, malangnya ia adalah tidak baik untuk kulit anda. Haba tersebut akan menarik kelembapan daripada kulit anda, dan akan membuatkan mereka kering, ketat dan gatal. Oleh itu, untuk menangani ini, pasanglah kipas extractor anda, kerana bilik yang berwap akan memastikan kulit anda kekal lembap. Dan untuk anda yang mempunyai kulit yang kering, mandian yang di tahap suhu badan adalah yang paling ideal.

  1. Anda perlu kekal neutral

 

skincaredry

Kulit anda bersifat sedikit berasid dan sabun pula bersifat alkali, ini akan menimbulkan ketidakseimbangan yang akan menarik kelembapan dari kulit anda dan boleh menyebabkan kerengsaan; tetapi, tidak seperti pembersih yang takat pH nya seimbang, kerana ia hanya akan menyingkirkan kotoran dari muka anda dan bukan minyaknya.

Cetaphil bersifat amat lembut, dan akan melembutkan kulit anda, dan ia adalah cukup ringan untuk tidak membuat pori-pori anda tersumbat. Ia juga akan meninggalkan sebuah filem yang ringan di atas permukaan kulit anda untuk mengekalkan kelembapan itu.

  1. Anda perlu menggunakan losyen

skincaredry2

Jika anda kekurangan kelembapan, ia adalah idea yang bijak untuk memakai losyen bagi mengembalikan kelembapan itu. Tetapi ini bukan bermaksud anda boleh gunakan apa-apa jenis losyen sekali pun.

Jika losyen anda mengandungi alkohol yang tinggi, itu akan menarik kebanyakan minyak yang ada di muka anda untuk membuatkan ia lembap. Dove Men+Care Moisturiser Hydrate adalah losyen terbaik untuk anda. Ia tidak mempunyai wangian yang boleh merengsakan kulit anda, dan walaupun ia kelihatan cepat meresap, ia masih mampu mengekalkan kelembapan tanpa meninggalkan kesan minyak.

  1. Anda juga perlu menjaga kesihatan di bahagian leher anda

skincaredry3

Muka kita adalah sangat sensitif, tetapi begitu juga dengan kulit di bawah muka kita kerana ia juga mudah terdedah kepada kekeringan. Terutamanya setelah menghabiskan beberapa sesi di gimnasium setiap hari, akan menghasilkan peluh yang sangat banyak dan ini akan menyebabkan kegatalan dan kekeringan.  Anda boleh tangani kegatalan ini dengan pelembap badan Jack Black, dan bonus tentang pelembap ini adalah, ia juga rasa amat ringan pada kulit anda.

Sumber: http://www.fashionbeans.com/2016/mens-dry-skin-commandments/

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button