Gaya HidupKesihatan

Selfie Dengan Kawan-Kawan Boleh Dapat Kutu?

Selfie, bagi sesetengah orang adalah satu perkara yang sangat biasa untuk dilakukan. Lagipun, apa yang bahayanya? Anda hanya meletakkan kepala anda dan kepala anda bersama-sama untuk ambil beberapa gambar, jadi apa yang bahayanya di sini kan? Rupa-rupanya… banyak perkara yang tidak kena.

lice_spread

Rupa-rupanya, apabila kepala anda menyentuh kepala orang lain adalah untuk mengambil selfie, kutu boleh melompat ke dalam rambut anda dari kepala mereka, dengan menggunakan kuku mereka yang kecil itu untuk memegangkan kepada rambut anda, kata Claire Roberts, Ketua Pegawai Eksekutif Lice Clinics of America. Selain itu, beliau juga berkata yang selfies sudah menjadi salah satu daripada sebab-sebab utama mengapa serangan kutu semakin meningkat pada musim panas ini.

Walaupun kutu kepala kebanyakannya lebih dikenali sebagai dikalangan kanak-kanak, Roberts menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh mendapatnya juga. “Cara utama yang anda boleh mendapat kutu adalah apabila kepala anda secara langsung berhubung dengan kepala individu yang dipenuhi dengan kutu,” jelasnya. “Walaupun hubungan seperti itu tidak menjamin bahawa anda akan berjangkit dengan mereka, tetapi ia memberi peluang terbaik pada kutu itu untuk bergerak dari rambut rakan anda kepada rambut anda.”

1964897_740176272694256_1049120176_n
Apa yang lebih menakutkan adalah, “kutu boleh bergerak dengan sangat cepat,” kata Roberts, jadi ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk mereka membuat jalan ke kulit kepala anda pula.

Okay, jadi anda mungkin akan dapat kutu dengan hanya berselfie, adakah ada apa-apa cara yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda dalam hal ini? Dalam hal ini, Dr. Roberts telah mengesyorkan supaya anda mengelakkan aktiviti yang melibatkan kepala anda untuk bersentuh dengan kepala orang lain… seperti selfie beramai-ramai.

Menurut Roberts, walaupun ia mengambil masa sehingga enam minggu untuk mengalami simptom seperti gatal-gatal, anda masih boleh cuba racun perosak OTC, minyak yang berasaskan silikon seperti dimethicone (ingat bahawa mereka hanya membunuh kutu sahaja, bukan telur mereka). Selain itu, anda juga boleh cuba menyikat rambut anda dengan sikat kutu khas dan menghapuskan kutu dan telur itu dengan serta-merta.

otc-pack-anti-lice-shampoo-and-lotion2d5cbd40-9f1c-11e3-a403-971cca4164ba_lice_700

Anda juga boleh rujuk perkara ini di klinik untuk mendapatkan rawatan dengan alat pembersih FDA yang dipanggil AirAllé, yang merupakan lebih daripada 99 peratus berkesan untuk membunuh kutu dan telurnya dengan udara panas. “Proses ini mengambil masa kira-kira sejam dan dijamin untuk berkesan,” kata Roberts.
Apa-apa pun, apa yang paling penting adalah jangan panik. Kutu hanyalah kutu, dan anda masih boleh menghapuskan mereka.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/health/head-lice-from-taking-selfies

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button