FesyenGaya Hidup

Mengapa Butang Baju Wanita di Sebelah Bertentangan Dengan Lelaki

Bagi sesetengah daripada anda, mungkin ada yang tidak pernah perasan yang selama ini butang baju anda adalah di sebelah yang bertentangan daripada baju-baju lelaki. Jadi, mengapakah sebenarnya butang baju wanita diletakkan di sebelah kiri manakala lelaki berada di sebelah kanan? Walaupun pada zaman sekarang perbezaan itu tiada sebab praktikal yang sebenar, ia masih menjadi misteri bagi tradisi yang telah wujud sejak tahun 1850-an lagi ini.

Berikut adalah beberapa jawapan bagi menjawab persoalan yang bermain di minda anda itu:

  1. Oleh kerana penyusuan susu ibu

breastfeeding

Satu teori mengatakan bahawa kerana kebanyakan orang lebih ramai yang menggunakan tangan kanan (dan bukan kidal) untuk melakukan kebanyakkan aktiviti dan wanita biasanya akan memegang bayi di lengan kiri mereka, dengan meletakkan butang di sebelah kiri membuatkan ia lebih mudah untuk membuka baju semasa mahu menyusu dengan tangan satu lagi.

  1. Oleh kerana menunggang kuda

Side-saddle-lesson

Oleh sebab wanita secara tradisinya menunggang pelana kuda mereka di sebelah kanan, meletakkan butang baju di sebelah kiri kononnya akan mengurangkan angin daripada mengalir ke baju wanita semasa menunggang.

 

 

  1. Kerana wanita kelas atasan tidak memakai baju mereka sendiri

1467044563-syn-ghk-1467036751-syn-svn-1459187403-gettyimages-3428163

Yang ini adalah, setakat ini, merupakan sebab yang paling biasa bagi mengapa butang baju wanita berada di sebelah kiri. Wanita-wanita kaya yang mempunyai pembantu rumah untuk membantu mereka berpakaian mempunyai butang di sebelah kiri untuk membuat ia lebih mudah bagi seorang pembantu rumah yang bekerja dengan tangan kanan untuk mengikat baju mereka.

 

  1. Oleh kerana orang mahu meniru pakaian orang kaya

luxury
Ia dipercayai bahawa walaupun selepas orang ramai mula memakai baju sendiri dan bukan lagi menyuruh pembantu rumah mereka untuk memakaikan baju, butang (pernah dianggap barangan mahal) diletakkan di sebelah kiri supaya orang ramai dapat meniru pakaian wanita-wanita kaya itu.
 

  1. Kerana lelaki membawa senjata

9534743-Two-heavy-equiped-military-men-walking-with-weapons-Stock-Photo
Butang baju lelaki berada di sebelah kanan kerana mereka membawa senjata dengan tangan kanan dan mendapati ianya lebih natural untuk membuka butang baju dengan menggunakan tangan kiri. Wanita, jelas sekali, tidak memerlukan kemudahan itu.

  1. Kerana Napoleon

1467044571-syn-ghk-1467036759-syn-svn-1459187489-gettyimages-152238144
Wanita kononnya telah mengejek gaya maharaja Perancis itu bergambar (ketika itu, dianggap sebagai tanda kehormatan) dan disebabkan itu beliau telah menyuruh agar butang baju wanita dihasilkan di sebelah yang bertentangan dengan lelaki supaya mereka tidak lagi boleh berbuat demikian.

  1. Oleh kerana ketidaksamaan jantina

gender-inequality
Abad kesembilan belas sexologist Havelock Ellis telah menulis di dalam lelaki dan wanita: Satu Kajian Senarai watak seksual sekunder dan tertier (diterbitkan pada tahun 1894), bahawa sebab untuk butang pakaian wanita berada di sebelah kiri adalah sebagai tanda bahawa wanita “seolah-olah lebih rendah daripada lelaki” dalam “kekuatannya dan kepantasan dan ketepatan pergerakan.” Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa wanita mempunyai kemahiran motor yang lebih lemah kerana mereka memerlukan bantuan dalam berpakaian (seperti yang diberitahu dalam teori #3).

Namun begitu, kini seksisme tersirat tentang mempunyai butang baju di belah kiri ini tidak lagi membawa apa-apa makna. Dan zaman sekarang sudah banyak jenama yang menghasilkan baju-baju unisex, semua mengekalkan butang di sebelah kanan dan ia bukan lagi dijadikan isu.

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com

Show More

Related Articles

Back to top button