Gaya HidupKecantikan

Alice Through The Looking Glass: Membuatkan Anda Pengsan Dengan Keistimewaannya

Selepas melancarkan palet eyeshadow Gwen Stefani dan UD XX Naib Ltd Reloaded Disember lalu, syarikat kosmetik ini tidak akan berputus asa untuk membuatkan hati anda “berbunga-bunga”, oleh itu, mereka putuskan untuk menghasilkan palet Alice Through The Looking Glass, yang diilhamkan oleh filemnya yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Berita baik untuk semua pencinta makeup di luar sana, palet eyeshadow kaleidoscopic ini anda boleh dapati di salah satu francais Urban Decay di KLCC mulai Julai 2016 ini dengan harga sebanyak RM300 satu palet!

alice1

Palet eyeshadow ini mempunyai 20 warna eyeshadow yang ceria yang pasti akan menambat hati anda dengan sekali pandang sahaja!

Warna yang ditawarkan terdiri daripada warna neutral yang sesuai dipakai hari-hari, kepada warna biru neutral ke biru gelap, kepada warna hijau-hijau yang menyerlah dan ungu muda berkilauan yang akan membuatkan anda kelihatan sungguh cantik dan seksi untuk candle light dinner anda bersama yang tersayang.

Kesemua warna-warna yang ada itu diilhamkan oleh warna yang dipakai oleh kelima-lima watak dari filem tersebut: Alice, Mad Hatter, Mirana The White Queen, Iracebeth The Red Queen dan Time.

Urban-Decay-Alice-Through-the-Looking-Glass-Eyeshadow-Palette-quote-1

alice2

Apa yang lebih istimewa tentang palet ini adalah, pembungkusannya yang amat menawan ini.  Apabila dibuka, kotak ini seolah-olah mengeluarkan seekor rama-rama darinya – Absolem, yang juga merupakan salah satu watak dalam filem itu juga.

Selain itu, antara perkara unik lain yang ada adalah, mereka telah memetik beberapa kata-kata yang terkenal daripada filem itu untuk ditelak pada sisi palet tersebut, “I knew who I was when I got up this morning, but I must have changed several times since then”  dan ” We’re all mad here.” dicetak pada cermin di dalamnya.

Hebat bukan palet eyeshadow ini? Bila lagi anda akan dapat peluang untuk memiliki palet edisi terhad ini kalau bukan sekarang? Jadi, cepat-cepat kumpul duit!

Sumber: www.elle.my

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close