Gaya HidupMakan & Minum

Kegunaan Sebenar Sudu Spageti

 

spaghetti_spoon_or_fork.png

Jika anda memiliki sudu spageti seperti ini di dapur anda sekarang, bersedia untuk tahu kenyataan yang menarik tentang kegunaan sebenar peralatan dapur ini! Ini kerana, sebab sebenar lubang yang ada di tengah-tengah sudu spageti itu dicipta adalah sebenarnya sangat bijak!

 

Baiklah, cuba anda lihat gambar di bawah. Gambar yang dimuat naik oleh pengguna Imgur, PolarChi, ini hanya kelihatan seperti sudu spageti biasa yang sering anda lihat sebelum ini bukan?

 

1467384789-syn-ghk-1467298545-syn-clg-1467223611-syn-del-1467147590-screen-shot-2016-06-28-at-215930

 

Tapi tunggu, kerana anda akan sedar sebentar lagi yang sebenarnya ia bukan lah sebiasa yang anda sangkakan. Nampak lubang besar di tengah-tengah sudu itu? Tahukah anda bahawa anda sepatutnya menggunakan lubang tersebut untuk menentukan berapa banyak spageti yang diperlukan untuk memasak setiap hidangan?

 

1467384790-syn-ghk-1467298546-syn-clg-1467223612-syn-del-1467147640-spaghetti-spoon-hack-measurement

 

Memang tidak dapat dinafikan yang ia sentiasa menjadi satu misteri untuk betul-betul tentukan berapakah jumlah yang tepat untuk dimasak untuk satu hidangan. Selalunya samada anda termasak lebih atau kurang daripada yang sepatutnya. Tetapi, dengan menggunakan lubang yang ada pada sudu itu untuk menyukat jumlah spageti yang betul, anda tidak akan lakukan kesilapan yang sama ini lagi.

 

 

 


 

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com/food-recipes/cooking/a39236/how-much-spaghetti-one-portion-serving/

Show More

Related Articles

Back to top button