FesyenGaya HidupKesihatan

5 Cara Bagaimana Beg Tangan Boleh Menjejaskan Kesihatan

Mungkin pada saat ini anda mungkin berfikir yang “mengapa semua benda yang kita suka di dunia ini akan menyakitkan kita?” bukan? Yup, ini sememangnya berita yang paling buruk untuk mereka yang amat cintakan beg tangan di luar sana. Ini adalah antara keburukkan yang mungkin beg tangan kesayangan anda itu lakukan pada kesihatan anda:

  1. Ia buat cara anda berjalan kelihatan aneh

Fashion-kills-Bags-02-pg-full

Apabila anda membawa beg yang berat, ia akan menggangu gaya berjalan anda yang semula jadi itu, yang biasanya melibatkan anda menghayun tangan dan kaki anda semasa anda berjalan. Dengan beg yang berat terutamanya, badan anda akan menjadi kurang stabil.

 

  1. Ia boleh merosakkan belakang anda

heavy-bags-causing-back-pain
Apabila anda membawa beg yang berat terutamanya, ia akan memberi kesan kepada otot trapezius, yang terletak di sepanjang bahagian atas bahu anda. Berat dan tekanan yang kerap itu boleh menyebabkan kekejangan, yang boleh membawa kepada sakit belakang dan masalah belakang.

 

  1. Ia boleh membuatkan anda sakit kepala

 womancarryinghandbag-300x300

Semua otot di bahu dan belakang anda adalah berkait dengan sakit kepala yang anda alami itu. Oleh itu, apabila anda sering membawa beg, masalah otot yang anda rasa di belakang itu telah disambung ke sekitar hadapan tengkorak anda dan kemudian akan memberikan anda sakit kepala yang teruk jika tidak di bendung.

  1. Ia mungkin akan menggugurkan rambut anda

 

1467222037-syn-ghk-1466597303-gettyimages-541886718

Walaupun ia mungkin kedengaran agak pelik, ia tetap benar. Jika anda sering membawa beg tangan anda pada bahu yang sama, anda mungkin akan mengalami penipisan rambut. Pada asasnya, beberapa rambut sentiasa akan  terperangkap di bawah tali beg anda, dan kemudian tekanan dari tali itu akan membuat rambut anda menjadi nipis akibat tertarik. Lebih-lebih lagi sekiranya ia adalah tali rantai kerana mereka cenderung untuk membuatkan rambut anda tertangkap  di sekeliling rantai mereka.

  1. Ia mungkin penuh dengan kuman

1467222062-syn-ghk-1453987041-gettyimages-504223957jpg

Satu kajian oleh University of Colorado Boulder mendapati bahawa jika anda sudah lama tida membersihkan beg anda, ia mungkin mempunyai sehingga 10,000 jenis bakteria yang berbeza. Secara keseluruhannya, jumlah bakteria itu adalah lebih banyak daripada bakteria yang ada di bilik mandi.

 

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com/beauty/fashion/a39168/ways-your-handbag-could-be-making-you-sick/

Show More

Related Articles

Back to top button
Close