HiburanSukanTeknologi

FIFA ONLINE 3: Dollah, Kim Swee, Shebby sertai pek Lagenda

Garena Malaysia mengumumkan bahawa bekas pemain bolasepak negara Dollah Salleh, Datuk Ong Kim Swee dan Shebby Singh akan menjadi pilihan pemain dalam permainan video FIFA Online 3.

Pertama kali dilancarkan pada tahun 2012, FIFA Online 3 merupakan permainan multiplayer yang dihasilkan syarikat gaming ternama Electronic Arts dan Spearhead.

FO32

FO3 membenarkan pemain-pemain untuk memilih dan mengubahsuai pasukan sendiri yang terdiri daripada kelompok 15,000 pemain daripada 30 pasukan sedunia. Mereka boleh memilih untuk bermain kempen perseorangan atau berdepan cabaran pemain lain di pentas online. Setiap perlawanan memberikan EP, iaitu mata wang yang digunakan dalam permainan.

Tahun ini, Dollah, Ong dan Shebby merupakan tiga wakil Malaysia pertama untuk diberikan status ‘Lagenda”dalam permainan FO3. Kini, para pemain boleh mendapatkan kudrat ketiga-tiga pemain itu untuk mengetuai pasukan masing-masing dalam permainan video.

Fo33

Menurut laman Lowyat.net, Garena mengambil masa kira-kira lapan bulan untuk melengkapkan proses memasuki wajah muka, ciri-ciri dan skil masing-masing ke dalam permainan FIFA Online 3.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button