Gaya HidupKesihatanTeknologi

Buta Kalau Selalu Tengok Telefon Bimbit Sebelum Tidur?

Anda sudah pun tahu yang ianya tidak elok untuk tidur dengan meletakkan telefon pintar anda di bawah bantal, begitu juga dengan melihat mereka sebelum anda tidur.

 

Bukan sahaja ia boleh mengganggu tidur anda, tetapi ia juga sebenarnya boleh merosakkan mata anda; seperti yang berlaku pada dua wanita yang telah menjadi buta buat sementara waktu selepas mereka melihat telefon bimbit mereka di atas katil sebelum tidur.

Menurut The New England Journal of Medicine, seorang wanita berusia 22 tahun dan seorang wanita berusia 40 tahun kedua-duanya telah mengalami masalah penglihatan ini berulang kali selama beberapa bulan.

“Saya hanya bertanya kepada mereka, ‘Apa sebenarnya yang anda sedang lakukan apabila masalah itu berlaku?’ ” Gordon Plant, M.D., ceritakan kepada ABC News.

Dan jawapan bagi kedua-dua kes ini adalah sama, ketika kejadian itu berlaku, kedua-dua wanita sedang baring mengiring dengan sebelah mata dihalang oleh bantal dan sebelah lagi memandang skrin telefon bimbit mereka.

Akibatnya, mereka telah mengalami masalah buta sementara yang berlangsung sehingga 15 minit pada mata yang tidak memandang telefon itu.

Ini telah menyebabkan “pelunturan photopigment” dalam mata yang telah menyesuaikan diri dengan cahaya skrin yang cerah, sementara mata lain menyesuaikan diri dengan keadaan gelap disebalik bantal anda.

Menurut penulis laporan tersebut, pengeluar telefon bimbit ini mencipta skrin telefon yang amat terang  dengan tujuan supaya pengguna boleh melihatnya dengan mudah.

Walaupun ini sangat berguna untuk kegunaan waktu siang dan malam, ianya tidak begitu bagus untuk anda gunakan sebelum tidur.

Penulis itu juga telah meramalkan bahawa kes-kes seperti ini “mungkin akan menjadi lebih kerap,” memandangkan fakta bahawa orang yang menggunakan telefon bimbit mereka sebelum tidur semakin ramai.

Berita baiknya di sini adalah, untuk memulihkan diri anda daripada buta sementara ini adalah mudah. Jika anda benar-benar perlu kekal menggunakan telefon bimbit sebelum tidur, pastikan anda menggunakan kedua-dua belah mata untuk melihatnya.

Walau bagaimanapun, jika anda benar-benar sayangkan mata dan penglihatan anda, ianya lebih baik untuk letak telefon anda jauh-jauh sebelum tidur.

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com/health/news/a39091/women-go-blind-after-looking-at-smartphones-in-bed/

Show More

Related Articles

Back to top button