Gaya HidupKesihatan

Tidur Yang Sekejap Boleh Menjejaskan Kesihatan Anda?

Tidur sekejap yang anda ambil pada waktu petang, hujung minggu, lepas kerja, atau dalam bas adalah sesuatu nikmat yang amat menyeronokkan. Jadi, kami tak terkejut kalau anda rasa terkilan dengan penemuan kajian baru terhadap tabiat tidur sekejap ini.

Seorang saintis dari American College of Cardiology, Dr. Tomohide, telah menjejaki sebanyak 300,000 orang dari seluruh dunia dan mendapati bahawa mereka yang mengambil tidur sekejap yang kerap untuk lebih daripada 40 minit telah menyebabkan risiko isu-isu metabolik mereka meningkat, termasuk kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan memperolehi lemak berlebihan di sekeliling pinggang.

Mengambil tidur yang sekejap selama 90 minit atau lebih lama juga akan meningkatkan risiko untuk mendapat diabetes jenis dua sebanyak 50%.

Tetapi jangan terus panik, kerana berita baiknya di sini adalah walaupun kajian ini sememangnya cukup menakutkan, ia hanya terbukti akan terjadi sekiranya anda mengambil tidur sekejap yang panjang. Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa tidur kira-kira 20 minit akan membahayakan nyawa anda!

Pada asasnya, jika anda seorang napaholic (ketagih dengan tidur sekejap), pastikan anda kunci jam penggera untuk memastikan anda tidak tidur lebih daripada 20 atau 30 minit. Dan akhir sekali, cuba sedaya upaya untuk dapatkan tidur yang disyorkan oleh pakar iaitu lapan jam setiap malam untuk kesihatan yang lebih terjamin.

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com/health/news/a39128/napping-bad-for-your-health/

Show More

Related Articles

Back to top button