Gaya HidupPercutian

14 Fakta Penerbangan: Apa Yang Akan Berlaku Jika Kapten Jatuh Sakit?

Semasa anda berada di dalam kapal terbang, pernahkah anda persoalkan beberapa perkara mengenai penerbangan atau pesawat tersebut?

Berikut adalah 15 rahsia tentang kapal terbang yang anda perlu tahu dan bagaimana mereka akan membuat penerbangan anda yang berikutnya menjadi satu pengalaman yang lebih baik:

  1. Bilakah waktu yang paling sesuai untuk menaiki kapal terbang?

pilot-secrets-morning1_0

Penerbangan pada waktu pagi adalah yang paling terbaik kerana ia sentiasa menepati masa.

  1. Berapa kali selalunya kabin dibersihkan?

 mh-sanitized_0

Kabin selalunya dibersihkan sekali sehari. Dan jangan risau kalau anda Nampak ada sedikit kotoran pada meja anda, kerana ia adalah lebih biasa daripada yang anda sangka.

  1. Seksyen manakah yang paling selamat di dalam kapal terbang?

mh-airplane2

Bahagian ekor kapal terbang adalah yang paling selamat kerana kokpit cenderung untuk menerima bahana kerosakan dalam keadaan kecemasan.

  1. Adakah udara yang datang daripada kipas itu bersih?

Pengudaraan daripada kapal terbang adalah sistem yang tertutup. Udara yang anda bernafas di dalam kapal terbang sebenarnya udara termampat yang diambil dari enjin kompresor yang membantu menghangatkan dan menekan udara dari luar pesawat.

  1. Airport manakah yang paling menakutkan untuk mendarat?

mh-airplane4

Jawapannya adalah landasan pendek Burbank di California dan kawasan lembah di Missoula, Montana

6. Mengapa mereka hidangkan alkohol pada penerbangan awal pagi?


mh-airplane-alcohol

Anak kapal menganggarkan bahawa hanya beberapa penumpang (mereka rasa mungkin 2 peratus) yang mahu minum minuman keras semasa penerbangan pagi.

  1. Apakah maksud semua bunyi ‘ding’ itu?

mh-airplane5

Apabila loceng ding itu berbunyi sekali, itu adalah isyarat untuk anak-anak kapal untuk mengangkat interphone.

Ia akan berbunyi sebanyak dua hingga tiga kali semasa anda duduk, berlepas, dan mendarat. Ia juga akan dibunyikan apabila sudah melepasi 10,000 kaki, sama ada semasa naik atau turun. Lima atau enam kali ding menunjukkan bahawa sedang berlaku kecemasan, tetapi ketika itu anak-anak kapal akan mengeluarkan arahan kepada penumpang terlebih dahulu.

  1. Mengapa Wifi tak pernah berfungsi

 mh-wifi

Wi-Fi tidak pernah dapat digunakan dalam kapal terbang kerana mereka hanya menggunakan satu router kecil untuk 100+ penumpang.

Tips untuk internet yang lebih laju pada 10,000 kaki: Elak daripada membuka laman web yang  berat dengan imej dan video untuk prestasi yang optimum. Apabila anda berada di udara, hanya buka satu laman web pada satu masa.

  1. Apa yang anak-anak kapal makan?

mh-airplane-food

Mereka membawa makanan mereka sendiri. Makanan yang hidangkan kepada penumpang selalunya akan habis, oleh itu, makanan yang dibuat sendiri dari rumah adalah sentiasa lebih baik daripada makanan di dalam pesawat.

  1.  Apa yang akan berlaku jika kapten jatuh sakit?

mh-airplane-captain
Walaupun ia bukan salah satu undang-undang, ia adalah satu peraturan bahawa juruterbang dan pembantu juruterbang makan makanan anak-anak kapal yang berbeza semasa terbang.

Mengapa? Dengan cara itu, jika satu daripada hidangan itu tidak baik (dijangkiti bakteria bawaan makanan, pencemaran, kerosakan), ada orang lain yang boleh mengambil alih penerbangan tersebut.

  1. Bagaimana kalau saya mahu pindah ke tempat duduk kelas pertama?


mh-airplane7

Anda hanya boleh pindah ke kelas pertama selepas kapal terbang berlepas, tetapi ia adalah sesuatu yang jarang berlaku. Ini kerana, ia perlu melibatkan krew untuk mengisi borang menjelaskan sebab mereka berbuat demikian.

  1. Bagaimana jika juruterbang penat semasa penerbangan yang lama?

mh-long-flight

Apa yang anda tidak tahu adalah, Juruterbang kadang-kadang tidur semasa mereka terbang. Malah, mereka dibenarkan untuk berehat buat sementara waktu dan ketika ini, pembantu juruterbang mereka akan mengambil alih.

  1. Adakah topeng oksigen benar-benar boleh menyelamatkan saya?

mh-oxygen-mask

Mereka hanya akan memberikan anda udara selama kira-kira 15 minit.

Tetapi jangan panik, kerana untuk kapal terbang turun ke ketinggian di mana penumpang boleh bernafas seperti biasa mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit, dan juruterbang akan mula menuju ke ketinggian yang lebih rendah sebaik sahaja topeng mula jatuh ke bawah.

  1. Mengapa krew kapal hidangkan air dari botol?

 mh-water-bottles

Jangan minum air di dalam pesawat melainkan jika ia adalah dari botol dan belum pernah dibuka. Mengapa? Kajian telah menunjukkan bahawa tahap bakteria dalam air paip kapal terbang adalah puluhan ke ratusan kali ganda melebihi had kebersihan yang ditentukan kerajaan.

Sumber: http://www.menshealth.com/guy-wisdom/secrets-every-pilot-knows

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button