Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Elak Daripada Makan Racun Ini Semasa Rumah Terbuka Raya!

Ya racun! Tetapi, racun yang dimaksudkan di sini bukan dadah, racun perosak ataupun makanan tercemar. Ia adalah pengambilan gula, garam dan lemak berlebihan ketika menjamu selera di hari raya nanti.

Seperti mana yang kita tahu, hari raya adalah hari kemenangan yang ramai daripada kita sambut setelah berakhirnya bulan Ramadhan. Pada hari tersebut, bermacam-macam hidangan akan dihidangkan untuk tetamu-tetamu yang hadir.

Makanan yang berasaskan gula yang tinggi adalah elemen utama yang akan dihidangkan pada tersebut. Tambahan pula, menjadi kebiasaan bagi masyarakat negara kita untuk menghidang minuman-minuman berkarbonat ketika musim perayaan, yang sudah ternyata kaya dengan gula.

Ya, walaupun badan kita sememangnya memerlukan gula, jika anda mengambilnya secara berlebihan dalam masa yang singkat dan berulangkali akan menyebabkan tekanan ke atas fungsi organ pankreas yang memainkan peranan dalam mengawal kandungan gula dalam darah.

Jadi, apa yang anda boleh makan ketika raya nanti? Ianya tidak salah untuk menjamu selera di rumah terbuka, tetapi anda perlu merancang pemakanan anda dengan betul. Berikut adalah caranya:

  1. Jika anda mahu mencuba pelbagai hidangan, makan dalam kuantiti yang sedikit. Elak daripada makan sampai penuh pinggan.

2. Isi perut anda dengan air atau sedikit makanan di rumah sebelum keluar beraya. Banyakkan minum air masak. Elak daripada mengambil minuman berkarbonat untuk menghilangkan dahaga.

3. Utamakan memilih makanan yang berkuah atau mengandungi sup seperti mee hoon sup, mee soto atau soto ayam.

4. Makan makanan yang dipanggang seperti sate kerana ia kurang lemak dan kalori berbanding makanan yang dimasak secara menggoreng atau bersama rendang. Elakkan makan organ dalaman seperti sate hati, sate perut mahupun sate usus.

5. Pilih rendang ayam berbanding rendang daging. Pilihlah bahagian ayam yang kurang lemak. Elakkan mengambil bahagian yang banyak kulit seperti bahagian kepak. Lebih baik jika tuan rumah mengamalkan tabiat membuang kulit ayam sebelum memasak. Tuan rumah juga digalakkan mengunakan susu untuk menggantikan santan dalam rendang.

6. Elak daripada memakan pencuci mulut yang terdiri daripada manisan dan sebaliknya makanlah buah-buahan yang segar.

Kesimpulannya, jangan jadikan aktiviti beraya anda sebagai alasan untuk menyambut “pesta perut” dan sebaliknya focus kepada tujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim. Pastikan anda tetap mengamalkan pengambilan pemakanan yang seimbang walaupun di hari raya.

Sumber: www.mmgazette.com

Show More

Related Articles

Back to top button