FesyenGaya HidupKesihatan

Contact Lens : Fesyen Atau Perubatan?

Zaman sekarang ini, contact lens atau kanta sentuh tidak lagi digunakan untuk membantu penglihatan anda. Kini, ia lebih dijadikan sebagai alat fesyen kepada anak-anak muda di era moden ini.

Disebabkan itu, ramai juga di kalangan mereka yang tidak berjaya mengendalikannya dengan bertanggungjawab dan ini telah mengundang kepada pelbagai masalah mata.

“Kes-kes ini termasuklah masalah yang mudah ditangani seperti mata kering sehinggalah yang lebih parah seperti perforasi (kecederaan melibatkan penembusan struktur) mata yang memerlukan ‘pembuangan’ mata,” kata Dr. Anis Farhad, seorang pakar optalmologi yang kini berkhidmat di Sabah.

Kanta sentuh boleh membahayakan penglihatan anda melalui jangkitan yang dipanggil ‘keratitis’ pada struktur lutsinar mata (kornea). Jangkitan ini hanya akan berlaku pada anda sekiranya anda mengamalkan tabiat pemakaian dan penjagaan kata sentuh yang tidak baik.

Selain itu, anda juga mungkin akan menghadapi risiko hakisan pada permukaan kornea yang akan membolehkan organisma seperti bakteria menjangkiti mata anda.

Jadi, apakah yang perlu anda lakukan bagi mengelak daripada berlakunya sebarang jangkitan pada mata anda? Berikut adalah caranya untuk mengurangkan risiko ini:

Masa tidur

sleeping-in-contact-lenses

Walaupun anda mungkin sedang alami hari yang paling memenatkan dalam hidup anda, JANGAN sesekali TIDUR dengan masih memakai kanta sentuh anda. Ini kerana, gabungan bahan cemar yang terdapat pada kanta sentuh dan kekurangan bekalan oksigen pada kornea apabila kelopak mata ditutup akan menyumbang kepada peningkatan risiko jangkitan.

Ketika Berenang

underwater1-750x300

Kolam renang, malahan air paip, mengandungi pelbagai mikroorganisma dan sekiranya anda membuat keputusan untuk berenang dengan kanta sentuh anda, ianya samalah seperti anda menjemput organisma-organisma berbahaya ini untuk berparti di dalam mata anda.

Kebersihan

 

  1. Jangan pakai kanta sentuh anda di dalam bilik mandi. Bilik mandi selalunya lembap dan basah, tempat pembiakan yang sangat optimum bagi mikroorganisma.

 contact-lens-care

  1. Jangan pakai kanta sentuh selepas membasuh tangan. Pelik bukan? Acanthmoeba, organisma penyebab jangkitan kornea, boleh dijumpai di dalam air paip. Titisan-titisan air yang tidak dikeringkan daripada tangan anda mungkin mengandungi organisma ini. Oleh itu, pastikan anda keringkan tangan anda sebelum mengendalikan kanta sentuh anda!

 washing-hands-tap-water

  1. Jangan basuh kanta sentuh dengan air paip. Sebaliknya, gunakan cecair pencuci kanta sentuh untuk mencuci mereka. Sewaktu membersihkan kanta sentuh anda, pastikan anda gosokkan kanta tersebut dengan telapak tangan untuk menanggalkan kotoran yang mungkin melekat pada kanta. Pastikan anda lakukan langkah tersebut kerana dengan hanya merendam kanta anda dengan cecair tersebut tidak mencukupi untuk membersihkannya.

 maxresdefault

  1. Jangan gunakan cecair pencuci yang terpakai untuk menyimpan kanta sentuh anda.

 contact-lenses-41

Kesimpulannya, jika anda mengalami masalah mata merah, sakit dan tidak selesa secara berterusan ketika atau selepas memakai kanta sentuh, ini adalah tanda supaya anda berhenti memakai mereka. Sekiranya anda mengalami simptom yang lebih teruk, ianya lebih baik untuk anda terus berjumpa dengan pakar optalmologi untuk dapatkan rawatan yang lebih lanjut.

Sumber: http://www.mmgazette.com/kanta-sentuh-jaga-jaga-mata-anda-dr-anis-farhad/

 

Show More

Related Articles

Back to top button