Sukan

Impak Brexit kepada Liga Perdana Inggeris

United Kingdom mengambil keputusan untuk berpisah dengan European Union (EU) dan ia merupakan satu kejadian yang cukup besar dalam sejarah negara masing-masing.

Keputusan itu pasti mempunyai pro dan kontra dari segi antrabangsa namun apakah impak terhadap sukan terutama sekali Liga Perdana Inggeris (EPL), liga bola sepak utama di dunia?

Walaupun minggu ini akan diingati untuk jangka masa yang panjang, perpisahan tersebut bukanlah sesuatu yang boleh diselesaikan dalam jangka masa pendek. Tatkala ia membabitkan pelabgai syarikat-syarikat Eropah yang lain, kami hanya akan melihat perubahan yang ketara dalam tempoh 2-10 tahun.

Kemasukkan Pemain Import

Perjanjian antara negara-negara EU dan European Economic Area (EEA) bermakna penduduk negara masing-masing boleh berhijrah, bekerja dan mendirikan rumah tangga antara satu sama lain. Secara ringkasnya, ia menyatukan kesemua negara-negara EU tanpa diskriminasi seperti label pekerja import.

Jika anda mengikuti perkembangan EPL, anda pasti tahu pemain-pemain import memberi sinar kepada saingan liga. Jadi, dengan Brexit bermakna pemain-pemain import dari negara jiran EU seperti Sepanyol, Perancis, Belgium, Belanda dan lain-lain harus mendapatkan permit pekerjaan terlebih dahulu. Hasilnya, keadaan akan bertambah rumit untuk pemain-pemain import.

Walaupun Akta Pemindahan Pemain FIFA tidak membenarkan pemain import menyertai pasukan profesional pada usia kurang 18 tahun, negara-negara EU boleh berbuat demikian biarpun pemain itu berumur 16 tahun. Kini, kesemuanya berubah.

Apa yang pasti, pengendali EPL iatu Barclays akan cuba sedaya upaya untuk memastikan operasi bola sepak di United Kingdom kekal seperti biasa. Namaun pada pendapat penulis, ia pasti menimbulkan pelbagai jenis masalah lagi dalam masa akan datang.

Sama-sama kita nantikan dan terus mengharapkan sinaran EPL kekal untuk selamanya.

Show More

Related Articles

Back to top button