Bisnes & EkonomiTeknologi

Crowdfunding: Peluang bisnes lebih luas

Seperti mana-mana bisnes baharu, kita perlu mempunyai dana yang stabil dan mencukupi untuk melariskan lagi kepulangan untung serta kredibiliti.

Secara realistik, tidak semua orang mengenali individu yang sanggup melaburkan berjuta-juta ringgit dalam bisnes yang masih mentah lagi. Namun itu adalah sebahagian daripada tangga kejayaan.

Bagi mereka yang belum tahu, ‘Crowdfunding’ adalah fenomena dimana sebuah syarikat atau bisnes menghasilkan dana menerusi sumbangan daripada orang luar (kebiasaannya menerusi internet).

Sebagai contoh, sekiranya anda telah menciptakan produk baharu tetapi tidak memiliki dana yang cukup untuk menjual barang tersebut secara besar-besaran, anda boleh mendapat wang yang diinginkan daripada pihak netizen seandainya mereka sanggup dan benar-benar meminati projek anda.

Bukan sahaja mereka yang memerlukan duit digalakkan mengkaji Crowdfunding. Malah, mereka yang ingin mengembangkan bisnes juga – sama ada kaya atau miskin – boleh mula melaburkan wang ke dalam projek-projek tertentu dengan harapan ia akan meletup pada masa terdekat.

Bagi pelabur, apa yang perlu diketahui adalah anda akan berniaga bersama perniagaan baharu yang masih mentah. Semestinya, risikonya agak tinggi tetapi cabarannya adalah menemui kreativiti dalam diri untuk mengenal pasti projek yang berpotensi tinggi. Sekiranya projek tersebut berjalan dengan baik, anda pasti mendapat ganjaran selaku pelabur.

‘Crowdfunding’ menggunakan internet sebagai saluran utama, dan laman-laman web seperti Indigogo dan Kickstarter membenarkan syarikat-syarikat kecil beroperasi secara profesional, sekurang-kurangnya anda boleh berjalan sebelum berlari.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button