Sukan

Bola Keranjang: LeBron James contohi Steve Jobs dan Muhammad Ali

Jika anda peminat sukan bola keranjang, pasti anda tahu Cleveland Cavaliers mencipta keajaiban di NBA Finals baru-baru ini ketika menjulang trofi berprestij dengan penuh bergaya!

Tatkala Cleveland ketinggalan 2-0 menentang Golden State Warriors dalam siri tujuh perlawanan, kapten pasukan LeBron James termaat memerlukan motivasi yang mencukupi untuk memberi suntikan semangat kepada rakan sepasukannya sehingga meraih kejayaan pertama bersama pasukan kesayangannya.

Bagi dirinya, LeBron selaku sandaran utama pasukannya mengambil contoh daripada peninju terhebat dunia Muhammad Ali. LeBron mendapat inspirasi ketika menonton beberapa perlawanan Ali pada zaman kemuncaknya.

Biarpun keadaan kurang baik buat Ali dalam perlawanan, beliau tetap tenang dalam gelanggang dan tahu bahawa lawannya akan mula letih pada pusingan akan datang. Dia tidak pernah menganggap dirinya kerdil walau apapun keadaannya.

Bagi pasukannya pula, LeBron meminta kesemua pemain pasukannya menonton video ucapan yang dibuat oleh penaung Apple, Steve Jobs pada tahun 2005 di Stanford Univerity.

Akhirnya, Cleveland Cavaliers mengukir sejarah dengan kejuaraan sulung bola keranjang NBA miliknya dengan kemenangan 93-89 (4-3) ke atas Golden State Warriors.

LeBron James sekali lagi tampil selaku bintang dalam perlawanan ketujuh Final NBA dengan sumbangan 27 mata, 11 rebound dan 11 assist di Arena Oracle, sebentar tadi.

Cavaliers turut mendapat sokongan besar Kyrie Irving (26 mata), Kevin Love (sembilan mata dan 14 rebound) dan J.R. Smith (12 mata) sambil Cleveland menjadi pasukan pertama dalam sejarah untuk bangkit daripada ketinggalan 3-1 sebelum mengungguli siri play-off final itu.

Draymond Green memberi sumbangan terbesar buat Warriors dengan 32 mata, 15 rebound dan sembilan assist.

Show More

Related Articles

Back to top button