HiburanTeknologi

Fakta Menarik Tentang Rolls Royce

Rolls-Royce sudah lama dianggap sedan paling mewah dalam industri permotoran dengan menampilkan gaya yang amat unik berbanding kereta-kereta lain. Jika anda memiliki Rolls-Royce, anda telah berjaya melakukan sesuatu kerana ia melambangkan status yang cukup tinggi.

Berikut adalah beberap fakta menarik tentang Rolls-Royce:

Rolls and Royce

Rolls-Royce Ltd ditubuhkan pada 1906 oleh Charles Stewart Rolls dan Fredercik Henry Royce dengan objektif menghasilkan enjin kereta dan kapal terbang terunggul.

First RR

Pada tahun yang sama, Rolls-Royce melancarkan kereta pertamanya iaitu Silver Ghost yang berjalan sepanjang 24,000km tanpa henti.

Layout 1

Syarikat itu diangkat sebagai lambang kepada rakyat British oleh kerjaan UK pada tahun 1971. Dua tahun kemudian, syarikat itu berpecah ke Rolls Royce Motors.

Old New RR

Kira-kira 65 peratus daripada kesemua kereta yang pernah diciptakan Rolls Royce masih beroperasi di jalan raya UK.

BMW RR

Biarpun Volkswagen membuat tawaran lebih lumayan untuk membeli syarikat tersebut, Rolls-Royce Motors akhirnya dibeli oleh BMW disebabkan kedua-dua syarikat menjalinkan persahabatan yang sangat kukuh. Kemudian, BMW menubuhkan kilang utama Rolls Royce di Goodwood, England.

Phantom RR

Rolls Royce Phantom merupakan kereta pertama dilancarkan bawah naungan BMW pada 2003. Pelanggan boleh memilih daripada 44,000 warna sekiranya membuat pembelian.

interior RR

Setiap Phantom bermula di Jerman, di mana kira-kira 200 bahan aluminum dan 300 bahan aloi dikimpal dengan menggunakan tangan. Ia mengambil masa dua bulan untuk menciptakan rangka Phantom.

2016_rolls-royce_vision_next_100_62_2560x1440

Perhiasan di hadapan kereta dikenali sebagai The Spirit of Ecstacy dan diperkenalkan pada tahun 1911. Kini, perhiasan itu boleh disimpan di bumbung hadapan secara automatik dengan menggunakan alat kawalan jauh.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button