FesyenGaya Hidup

Perkara Paling Teruk Anda Lakukan Pada Barang Kemas Anda

Adakah anda memiliki beberapa set barang kemas? Adakah mereka emas atau emas putih yang tulen? Adakah anda telah menghabiskan wang yang banyak untuk membelinya? Jika ya, anda perlu lihat senario di bawah bagi memastikan jika anda telah melakukan “jenayah” terhadap barang kemas anda atau tidak.

Rutin pagi anda: Anda bangun pagi, dan terus menuju ke tandas untuk bersiap untuk hari itu. Setelah selesai menggosok gigi dan cuci muka, anda terus ke tempat mandi — tapi, kejap — adakah anda masih memakai barang kemas anda?

Adakah semua cincin, anting-anting dan kerongsang anda masih di badan anda? Jika ya, maka, anda telah melakukan jenayah terhadap barang kemas yang paling teruk sekali dalam sejarah.

HS_WeddingGuide_WeddingRingMetals

“Walaupun ianya mungkin tidak mengapa untuk memakai cincin logam perkahwinan anda untuk mandi, ia adalah lebih baik untul menanggalkannya sebelum anda mandi,” kata Elizabeth Doyle, gemologis dan pemilik Doyle & Doyle Jewelers di New York City.

“Syampu dan perapi rambut boleh kekal lekat di dalam struktur barang kemas anda, dan sekiranya produk tersebut mengandungi bahan kimia, ia akan boleh merosakkan barang kemas anda dari semasa ke semasa.”

 

Sebelum anda tergesa-gesa membuat pemeriksaan terhadap barang-barang kemas anda yang lain, kami ada beberapa berita baik untuk anda.

Ia adalah selamat untuk memakai barang kemas anda di dalam kolam renang ataupun untuk mandian tanpa sabun. Ini kerana, sekiranya anda mandi dengan sabun, “kesan-kesan air keras dan buih sabun itu sukar untuk dikeluarkan sekiranya ia melekat pada mereka,” jelas Jennifer Gandia, pemilik Greenwich Jewelers di New York City

retro1

Dan ini tidak terkecuali kepada barang-barang kemas kostum: “wap boleh melonggarkan gam yang memegang semua permata-permata itu bersama, dan boleh menyebabkan ia berkarat,” jelas Gandia.

Kesimpulannya, tidak kira jika barang kemas yang anda beli itu berharga sebanyak beribu-ribu dolar atau hanya beberapa ringgit sekalipun, ianya lebih baik untuk mengelaknya daripada terkena air jika anda benar-benar sayangkan mereka.

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com/beauty/fashion/a38335/do-not-wear-jewelry-in-the-shower/

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker