Sukan

Kekalahan di tangan Papua New Guinea satu pengajaran

Kredit Imej: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Jika anda ingat ranking Malaysia rendah, Papua New Guinea berada di tangga ke-193, iaitu 20 kedudukan di belakang skuad kebangsaan kami.

Namun, penyokong tanah air terpaksa melihat skuad Harimau Malaysia ditundukkan 2-0 di tempat lawan beberapa hari lepas.

Berdasarkan rekod perlawanan menjelang aksi di Sir John Guise Stadium, keputusan itu tidak begitu mengejutkan walaupun ia tetap memalukan.

Apakah kekalahan itu sama teruk dengan kekalahan 10-0 lawan Arab Saudi? Mungkin tidak, tetapi ia menggariskan semula masalah-masalah yang dialami skuad Harimau Malaysia.

Bagaimanapun, Malaysia mempunyai dua peluang untuk menebus kekalahan itu (tak kira perlawanan sahabatan atau tidak) apabila membuat perhitungan dengan New Caledonia dan Fiji bulan ini.

Kejohanan Piala AFF Suzuki bakal berlangsung tahun ini, apakah anak buah Datuk Ong Kim Swee sedia mempamerkan aksi sebaik mungkin?

Tags
Show More

Related Articles