SukanTempatan

Bolasepak ada Messi, eSukan ada Faker

eSports iaitu E-Sukan, permainan League of Legends memiliki seorang gamer yang mendahului bakat pemain-pemain laing. Lebih menakjubkan, dia hanya berusia 20 tahun..

Lee Faker Sang-hyeok merupakan mutiara Korea Selatan terbaru untuk menarik perhatian dunia sukan elektronik.

Bersama SK Telecom 1 (SKT1), Faker menjuarai kejohanan dunia League of Legends baru-baru ini sekali gus melakar sejarah baru dengan rekod kemenangan 15-1 sepanjang acara berlangsung.

Selain itu, SKT1 Faker dikhabarkan telah menolak tawaran daripada organisasi China bernilai USD1 juta dan kini meneruskan cabarannya bersama SK Telecom.

Menariknya, Faker memulakan kariernya sebagai pemain profesional seawal 17 tahun sehingga dia membuat keputusan untuk menamatkan pembelajarannya di peringkat sekolah menengah demi merealisasikan impiannya dalam E-Sukan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker